Kos Sara Hidup di Malaysia Semakin Tinggi, Inflasi Meningkat ke Paras Tertinggi 8 Tahun Lepas

336

Kadar inflasi negara meningkat ke paras tertinggi sejak lapan tahun lepas kepada 4.5% pada Februari 2017 berikutan kos pengangkutan yang meningkat melebihi dari jangkaan 3.9%.

Data ini dikeluarkan oleh Jabatan Statistik pukul 12 tengah hari tadi.

Walaubagaimanapun, Jabatan Statistik mengatakan inflasi teras terus stabil di paras 2.5%.

Daripada semua komponen harga yang direkodkan, kos pengangkutan adalah paling banyak meningkat dengan kenaikan 17.9%, manakala harga makanan dan minuman naik 4.3%.

Kos perkhidmatan rekreasi meningkat 3.1%, kos kesihatan naik 2.4%, perkhidmatan restoran dan hotel naik 2.3%, kos perumahan, air, elektrik dan bahan api masing-masing naik 2.2%.

Harga bagi kos pengangkutan meningkat paling banyak sebanyak 17.9% pada Februari berbanding sebelum ini yang hanya meningkat 8.3% pada Januari.

Jabatan Statistik mengatakan, “Harga purata Ron95 adalah RM2.30 pada Februari 2017 berbanding RM1.75 pada Februari 2016. Bagi Ron97 harga purata meningkat kepada RM2.60 pada Februari 2017 dari RM2.05 pada Februari 2016.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat