Kripto Patuh Syariah Bakal Dilancarkan, Islamic Coin Raih Pujian Ramai!

2,344

“Wow menarik, pelabur ada rancangan ke nak beli Islamic Coin nanti?

Dunia kewangan tradisional dan Islam baru-baru ini digegarkan dengan berita tentang mata wang kripto patuh Syariah dipanggil Islamic Coin disokong oleh $400 juta yang bakal dilancarkan pada 1 September 2023.

Islamic Coin telah menandatangani perkongsian strategik bersama DDCAP Group berpangkalan di United Kingdom (UK) untuk mewujudkan pautan penting pada rangkaian projek infrastruktur luas yang dibiayai oleh 300 bank Islam di seluruh dunia.

Susulan DDCAP pakar dalam menyampaikan perkhidmatan perantara, kerjasama tersebut bertujuan untuk memperkenalkan penyelesaian kewangan cutting-edge disesuaikan dengan era digitalnya yang pantas.

Menambah lagi portfolio luar biasa, Islamic Coin menjalin integrasi eksklusif bersama Holiday Swap iaitu platform pertukaran rumah global yang berkembang maju dengan lebih 1 juta pengguna.

Islamic Coin dikuasakan blockchain HAQQ telah dipilih sebagai rakan kongsi Web3 eksklusif untuk Holiday Swap yang akan membenarkan platform menggabungkan sistem token kesetiaan dan mempersembahkan perkhidmatan baharu menarik pada platform digital.

Bukan itu sahaja, Islamic Coin turut bekerjasama dengan salah satu bursa decentralized terbesar di dunia Sushi bagi menikmati banyak faedah seperti keupayaan menyediakan kecairan, aset pegangan dan memperoleh token semasa fasa mining kecairan.

Menurut Mohammed AlKaff AlHashmi, pengasas Islamic berkata bahawa beliau sangat teruja untuk memimpin projek itu pada masa hadapan dalam menunjukkan pencapaian luar biasa dan lebih banyak butiran menarik.

Suka dimaklumkan Islamic Coin dan HAQQ telah dapat pengiktirafan dan pujian di seluruh dunia, di mana mereka terima anugerah berprestij seperti Most Promising ESG Crypto dan Golden Excellence Award yang disampaikan sendiri oleh Menteri Toleransi UAE.

Dengan menunjukkan komitmen tidak berbelah bahaginya untuk sokong matlamat iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pasukan itu juga berpeluang membentangkan idea mereka di hadapan pemimpin antarabangsa COP27 PBB.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat