Krisis Geopolitik AS-Korea Utara Membara Semula? Aset Safe-Haven Terus Melonjak

984

Aset safe-haven emas, matawang Yen dan Swissy terus mendapat permintaan tinggi apabila Trump sekali lagi mencetus ketegangan dalam geopolitik global. Kenaikan aset safe-haven jelas dilihat dengan emas melonjak sejak pukul 9 malam tadi.

Yen dan Swissy pula meneruskan kenaikan berbanding mtawang utama yang lain yang pada mulanya telah membuat kenaikan sejak sesi Asia, juga disebabkan oleh Presiden Trump.

Presiden Trump membatalkan perancangannya untuk bertemu dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un yang pada mulanya dijangka berlangsung pada 12 Jun di Singapura.

Pembatalan itu disampaikan oleh Trump melalui sepucuk surat kepada Kim. Menurut CNN, dalam surat itu Trump menyatakan bahawa ini bukanlah masa yang sesuai untuk mengadakan pertemuan bersejarah itu.

Dalam surat tersebut itu juga, Trump mengingatkan Jong-Un bahawa Amerika Syarikat memiliki senjata nuklear yang besar dan sangat kuat.

Trump juga menyatakan bahawa beliau memandang ke hadapan tentang pertemuan dengan Jong-Un, tetapi disebabkan komen-komen terbaru yang dilontarkan oleh Korea Utara, beliau terpaksa membatalkan pertemuan itu.

Perkembangan terbaru ini telah mencetuskan semula ketegangan geopolitik antara AS-Korea Utara dan pasaran berkemungkinan bakal melihat satu lagi siri pergerakan volatile matawang dan pasaran secara keseluruhan.

Untuk rekod, sentimen Risk-Off telah tercetus, apabila indeks saham Wallstreet membuat kejatuhan yang besar pada awal sesi dagangan di Amerika Syarikat. Nasdaq, S&P500 dan Dow Jones kini masing-masing jatuh 0.64%, 0.78% dan 0.88% setakat pada pukul 10.48 malam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat