Krisis Perbankan Cetus Risiko, IMF Potong Unjuran Ekonomi Global

283

Rentetan daripada krisis perbankan baru-baru ini, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran pertumbuhan globalnya untuk tahun 2023.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi Dunia yang dikemaskini, keluaran dalam negara kasar (KDNK) diramalkan berkembang 2.8% tahun ini dan 3% pada tahun depan, kurang 0.1% yang diunjurkan pada Januari.

Kegagalan mengejutkan Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank serta kejatuhan Credit Suisse Group AG pada bulan lepas dilihat telah menambah tekanan kepada masalah sedia ada.

Bahkan ia turut menyukarkan usaha bank pusat untuk menurunkan inflasi di samping mengekalkan pertumbuhan dan kesihatan sistem perbankan.

Ketua ekonomi IMF, Pierre-Olivier Gourinchas mengatakan terdapat risiko yang cenderung ke bawah, di mana sebahagian besarnya disebabkan oleh krisis kewangan bulan lalu.

Walaupun dilihat terkawal buat masa ini, namun ia dikhuatiri boleh mengakibatkan kemerosotan yang lebih ketara jika keadaan kewangan makin teruk.

Ujarnya lagi, terdapat beberapa kelemahan tersembunyi daripada krisis tersebut dan pihak-pihak berwajib perlu meneliti lebih lanjut dan berhati-hati terhadap risiko yang mungkin masih wujud dalam sektor perbankan.

Minggu lalu, IMF memberi amaran bahawa ekonomi dunia sedang berdepan pertumbuhan paling perlahan sejak 1990 dalam tempoh lima tahun akan datang.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat