Kurang Hawkish Oleh Gabenor Poloz, CAD Menjunam Pada Rabu

50

Gabenor Bank of Canada (BoC) Stephen Poloz pada Rabu berucap buat kali pertama selepas menaikkan kadar faedah dua kali berturut-turut yang mana penting untuk diikuti oleh pasaran untuk melihat sebrang isyarat pengetatan kadar faedah di masa hadapan.

Poloz berkata “tiada penentuan awal (predetermined) bagi kadar faedah” mulai sekarang dan tindakan bank pusat akan bergantung kepada data-data di masa hadapan.

Dalam komennya tentang tindakan berhati-hati dan penyenaraian ketidaktentuan yang dihadapi ekonomi Kanada, Poloz berkata bank pusat akan meneliti pergerakan dalam kadar faedah jangka panjang dan kadar tukaran matawang.

“Polisi monetari akan bergantung kepada data-data di masa hadapan dan kita masih boleh bergerak ke mana-mana arah,” kata Poloz.  Jelas seperti yang dikatakan beliau di atas, bank pusat masih boleh mengetatkan atau melonggarkan polisinya.

Beliau memberi gambaran bahawa bank pusat akan berhati-hati dalam mengetatkan polisi dalam menyokong pertumbuhan ekonomi dan mencapai sasaran inflasi.

Gabenor berkata tindakan menurunkan kadar faedah pada 2015 adalah tindakan yang tepat untuk melawan kejutan harga minyak mentah. “Ketika ini tiada tambahan rangsangan yang diperlukan” dengan ekonomi Kanada hampir mencapai kapasiti-penuh dan juga sasaran inflasi 2%.

Pengukuhan CAD (dolar Kanada) baru-baru ini yang meningkat berbanding US dolar boleh memberi kesan kepada faktor yang mempengaruhi inflasi, kata Poloz.

“Perubahan dalam kadar faedah secara amnya menaikkan nilai CAD. Walaubagaimanapun, matawang boleh bergerak disebabkan oleh banyak faktor termasuk, faktor luaran, dan pergerakan ini boleh mempengaruhi inflasi.

Secara keseluruhan, komen beliau kurang hawkish daripada apa yang dijangka oleh pasaran. Hal ini telah menyebabkan kejatuhan dolar Kanada (CAD) pada Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat