KWSP Terima Hampir 3 Juta Permohonan Pindahan Ke Akaun Fleksibel

262

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima 2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel yang melibatkan jumlah sebanyak RM8.78 billion setakat 22 Mei lepas.

Ketua Pegawai Operasinya, Sazaliza Zainuddin berkata selepas kelonggaran tersebut dibuka pada 12 Mei lalu. Sebanyak 3.04 juta permohonan untuk pengeluaran Akaun Fleksibel telah diluluskan berjumlah RM5.52 billion.

Katanya lagi, KWSP menjangkakan jumlah permohonan untuk pemindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera mereka kepada Akaun Fleksibel akan terus meningkat sehingga tarikh tutup pada 31 Ogos 2024.

Mereka juga gembira melihat peningkatan ketara permohonan melalui aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun.

Ini mencerminkan usaha pihak KWSP untuk meningkatkan pengalaman dan kebolehcapaian pengguna untuk mereka terus berinovasi dalam mengembangkan penawaran digital tersebut.

Ulasnya lagi, pengguna-pengguna dinasihatkan supaya tidak tergesa-gesa membuat pemindahan ke Akaun Fleksibel memandangkan tarikh tutup bagi urusan tersebut ialah pada 31 Ogos tahun ini.

Ahli yang masih belum mendaftar dengan KWSP i-Akaun digalakkan berbuat demikian bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel.

Ahli dinasihatkan untuk mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit mereka melalui Terminal Layan Diri (SST) yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP bagi tujuan menerima Kod Kebenaran Urus Niaga (TAC) bagi mengesahkan identiti mereka semasa menjalankan transaksi.

Pengeluaran dari Akaun Fleksibel boleh dibuat pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan dengan pengeluaran minimum sebanyak RM50.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat