Lagi-Lagi Bank Sekat Rusia, Belarus Turut Kena Tempias

1,348

‘Tengok Putin duduk relax saja, apa agaknya rancangan dia disebalik perang ni.’

The World Bank muktamad dengan keputusan untuk menghentikan semua programnya di Rusia dan Belarus yang berkuat kuasa serta merta.

Institusi kewangan antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan pinjaman serta geran kepada kerajaan negara berpendapatan rendah dan sederhana tersebut, membuat keputusan sedemikian ekoran tindakan Rusia di bawah kepimpinan Vladimir Putin menyerang Ukraine.

Menurut kenyataan daripada pihak The World Bank, mereka tidak meluluskan sebarang pinjaman baru atau pelaburan kepada Rusia sejak 2014, semasa krisis Rusia mengambil alih wilayah Crimea di Ukraine.

Tambahnya lagi, mereka juga tidak meluluskan sebarang pinjaman baru kepada Belarus sejak pertengahan 2020, semasa berlaku sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas negara itu yang berkaitan pilihan raya presiden yang dipertikai.

Sebagai makluman, World Bank telah memberi pinjaman berjumlah $308 juta kepada Belarus pada 2020, dengan projek aktif termasuk projek pemanasan biojisim, kerja pembangunan perhutanan dan pemodenan pendidikan.

Selain itu, World Bank juga telah meminjamkan lebih $16 bilion kepada Rusia sejak awal 1990-an, dengan projek terbaru yang diluluskan adalah program belia di Caucasus Utara pada 2013 dan program warisan budaya pada 2010.

Berbalik kepada topik asal, keputusan tersebut telah dibuat oleh World Bank sehari selepas pemimpin Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa menyatakan akan menyediakan berbilion dolar sebagai pembiayaan tambahan kepada Ukraine dalam menghadapi situasi perang serta memberi amaran bahawa krisis ini boleh ‘melimpah’ ke negara lain.

World Bank kini menyertai Kesatuan Eropah, AS, Britain dan negara lain yang bertindak mengenakan sekatan kepada Rusia termasuk presidennya Putin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat