Lagi Satu NFT Yang Mahal Gila – ‘Bored Ape Yatch Club’!

1,287

Bored Ape Yatch Club (BAYC) merupakan satu lagi koleksi non-fungible tokens (NFT) yang mempunyai nilai yang tidak masuk akal!

Nak tahu kenapa koleksi Bored Apes ni mahal? Jom check it out!

Terhad

  • Sama seperti CryptoPunks, hanya ada 10,000 Bored Apes dalam dunia ni.
  • Berikutan kuantitinya yang terhad, menjadikan nilainya tinggi.

Populariti

  • Penglibatan lebih ramai selebriti dalam pengumpulan Bored Apes telah meningkatkan minat dan harga terhadap koleksi ini
  • Jimmy Fallon, Stephen Curry, Post Malone dan Eminem antara yang telah memiliki Bored Apes.

Unik

  • Projek yang membolehkannya berkembang kepada satu karakter lain menjadikan Bored Apes semakin unik.
  • Inovasi terbaharu NFT Mega Mutant Serum (M3 Mutant Serum) yang mampu mengubah beruk asal, menjadikan koleksi itu unik dan menarik lebih ramai orang untuk memilikinya walaupun dengan harga yang tinggi.

NFT Terawal

  • Walaupun bukan yang pertama, tetapi Bored Apes juga adalah salah satu daripada beberapa koleksi NFT yang terawal.
  • CryptoPunks merupakan koleksi pertama NFT dijual pada harga yang tinggi.

Ganjaran Keistimewaan

  • Kebiasaannya NFT ditawarkan dengan keistimewaan yang berbeza
  • BAYC menawarkan faedah istimewa yang hanya boleh dibuka kunci oleh pemilik Bored Apes.
  • Ini termasuk hak komersial, akses eksklusif ke laman web untuk ahli sahaja dan acara persendirian seperti parti di atas kapal layar.

Sama seperti koleksi lain, begitulah Bored Apes. Terdapat banyak subjektiviti dalam menentukan nilai mereka. Ia berharga kerana ada orang yang sanggup membayar untuk mendapatkannya.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat