Lagi Sekali? Bitcoin (BTC) ‘Tersangkut’ Di Bawah $50,000 Gara-Gara Evergrande

1,719

Semalam Bitcoin (BTC) mencatatkan penyusutan hampir 7% dari paras tertinggi harian $50,795 kepada $47,306 sebelum kembali melantun didagangkan pada $48,335 ketika penulisan artikel ini.

Tidak pasti apa yang mengundang kekeruhan harga Bitcoin tetapi prestasi raja kripto ini dikaitkan dengan status ‘kritikal’ Evergrande.

Apa yang berlaku?

Agensi penarafan kredit antarabangsa, Fitch telah mengkategorikan Evergrande di bawah status “restricted default” selepas syarikat gergasi China itu gagal membayar faedah pada minggu ini.

Restricted default merujuk kepada gred yang lebih rendah daripada default.

Ini bermakna Evergrade memiliki pembayaran default yang masih belum dilunaskan, tetapi masih belum memfailkan kebankrapan.

Penakrifan daripada Fitch berlaku pada semalam, dan turut memberi impak negatif kepada harga Bitcoin.

Tarikh tamat pembayaran faedah itu sepatutnya pada bulan lepas. Tetapi disebabkan Evergrande berkali-kali gagal untuk membuat pembayaran, tarikh dilanjutkan kepada awal minggu ini, Isnin.

Sekali lagi Evergrande masih gagal dengan liabiliti tertunggak lebih $300 bilion (RM1.27 trilion).

Sebelum ini Evergrande ada memberitahu bahawa mereka tidak memiliki sumber dana yang mencukupi untuk membayar liabiliti dan sedang berusaha untuk menyusun semula pelan syarikat bersama pemiutang offshore.

Tidak jelas sampai bila Bitcoin akan terkesan dengan isu Evergrande. Sama-sama nantikan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat