Lajunya Avalanche (AVAX) Meroket! Ada Apa-Apa Ke Tu?

716

Avalanche (AVAX) sekali lagi membawa khabar gembira dengan lonjakan ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru, $110.15 pada tengah malam tadi, menjadikan lonjakan lebih 20% sehari dari paras terendah, $91.54.

Apa yang berlaku?

Firma perakaunan terbesar dalam Big Four, Deloitte memilih Ava Labs untuk membangunkan platform berasaskan blockchain Avalanche.

Kerjasama antara dua pihak ini menfokuskan kepada usaha mengurangkan birokrasi dalam pemulihan bencana.

Difahamkan Deloitte, bersama beberapa respondan pertama, bahagian kerja umum, pihak kewangan, dan agensi pengeluar geran berganding bahu membentuk platform Close As You Go (CAYG) baharu, bertujuan membantu pegawai kerajaan negeri dan tempatan menyelaraskan permohonan pampasan pemulihan bencana kepada Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA).

Prestasi Avalanche (AVAX)

Sejak pertengahan Ogos, Avalanche sudah pamerkan pergerakan yang positif susulan daripada penyertaan Sushi dalam Program Insentif Avalanche Rush, membuka peluang kerjasama luas dengan projek-projek lain seperti Aave, Curve, Stake DAO, dan BENQI.

Khabar tersebut mendorong lonjakan AVAX sebanyak 33.35% ke paras ATH, $59.02 dari paras terendah harian, $44.26 pada 24 Ogos.

Minggu pertama November pula menyaksikan pelancaran ekosistem baharu, Blizzard oleh Avalanche Foundation, diikuti dengan fork Etherscan ‘SnowTrace’ untuk Avalanche telah bersiaran, integrasi antara platform pinjaman kripto Nexo dengan AVAX, serta pengoptimuman hasil ‘Oh! Finance’ dilancarkan di Avalanche.

AVAX sekali lagi mencatatkan ATH pada 8 November dengan rekod $96.91 dari paras terendah harian, $83.69, melonjak hampir 16%.

Ketika penulisan, AVAX didagangkan pada $110.25, meningkat hampir 2.29% dalam 24 jam, melepasi ATH malam tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat