Lajunya XRP Naik! Ini Rupanya Mengapa Aset Ripple Melonjak Tiba-Tiba

2,410

Harga XRP sejak beberapa bulan lalu menyaksikan lonjakan mencecah 91%, mengejar Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH).

Lonjakan aset Ripple itu nampaknya didorong oleh tiga faktor ini:

Peningkatan Alamat Unik XRP

Kebanyakan alamat mempunyai kaitan dengan lonjakan XRP pada akhir November. Pada 22 November, trend meningkat mendadak apabila matawang kripto melonjak 27% dalam masa sehari.

Penganalisis menjelaskan lonjakan nilai XRP pada hari tersebut paling tinggi sejak 1 Mei dengan output transaksi menggunakan alamat unik di rangkaian $XRP dalam masa sehari mencecah angka 24,408.

Pembelian Semula Ripple Mendorong Lonjakan Harga XRP

Ripple membeli sejumlah XRP bernilai $45.5 juta pada suku ketiga 2020 dalam satu rancangan pembelian semula. Tindakan tersebut dikatakan sebagai langkah untuk menyokong pasaran yang lebih kukuh.

Pembelian semula juga akan menyebabkan permintaan aset semakin meningkat sama ada stok, komoditi atau matawang kripto.

Pelancaran Perkhidmatan Baru

Pada awal November, Ripple telah memperkenalkan penjenamaan semula terhadap perkhidmatan mereka, Paystring.

Perkhidmatan mereka merangkumi kategori perkhidmatan kewangan elektronik dalam penerimaan dan penghantaran wang.

Ketiga-tiga faktor ini memainkan peranan lonjakan XRP ke paras tertinggi 16 bulan. Carta mingguan turut menunjukkan penembusan ke tahap harga tertinggi sejak November 2018.

Ketika penulisan, harga XRP didagangkan pada $0.59 dengan lonjakan 3.82%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat