Ripple Kini Bersama Paystring, Tiada Lagi PayID

319

PayID milik Ripple Labs Inc. melalui penjenamaan semula dengan nama baru, Paystring susulan daripada isu hak cipta yang berkait dengan New Payments Platform Australia (NPPA).

Permohonan penjenamaan semula itu dikemukakan kepada US Patent and Trademark Office (USPTO) pada 6 November sebelum diterima pada Jumaat lepas.

Ripple tidak menjelaskan lanjut mengenai Paystring. Namun, berdasarkan keterangan pada jenama baru itu, ia sepadan dengan PayID yang didaftarkan pada 17 Jun 2020.

Malah, logo Paystring juga menyamai logo PayID yang mana merupakan logo bulatan dengan empat bilah berbeza warna.

NPPA pada Ogos bersama Reserve Bank of Australia dan 13 bank tempatan telah menyaman Ripple atas tuduhan mencuri hak cipta penjenamaan produk, PayID.

Perkhidmatan NPPA itu telah lama bertapak sejak lebih dua tahun, membantu melancarkan pembayaran segera merentasi 68 juta akaun bank pengguna Australia.

Sejak Ripple membangunkan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan yang juga dikenali PayID pada Jun dengan kerjasama 40 firma lain, sama seperti produk NPPA, hubungan kedua-dua firma itu tidak begitu baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat