Langkah Porsche Dirikan Kilang Di Malaysia Buka Peluang Pekerjaan Profesional

459

Rencana Porsche AG mendirikan kilang pemasangan di Malaysia bakal mencetuskan peluang pekerjaan yang berdaya saing dalam keupayaan teknologi khusus pada tahap antarabangsa.

Strategi perancangan tersebut juga bakal memberi impak positif landskap ekonomi serta bakal memperkukuhkan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA).

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ini susulan reputasi Porsche sebagai pengeluar automotif berprestasi tinggi di peringkat global.

Baru-baru ini, Porsche telah mengumumkan perancangan bagi mendirikan sebuah kilang pengeluaran di Kedah menerusi jalinan kerjasama bersama Sime Darby Bhd.

Tampaknya pengeluar kereta Jerman itu kekal yakin dengan kedudukan di Malaysia sebagai gerbang ideal bagi pasaran ASEAN meskipun landskap ekonomi global yang mencabar.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) juga mengalu-alukan kedatangan Porsche ke Malaysia serta akan memberi yang terbaik untuk memudahkan usaha tersebut.

Langkah Porsche bagi mendirikan kilang di Kedah sebagai lokasi kemudahan pemasangan pertamanya di luar Eropah yang menjangkau sejarah 70 tahun syarikat.

Selain itu, usaha ini dilihat akan mewujudkan kemudahan pengeluran di Malaysia dan ianya sebagai satu keputusan strategi Porsche dan mempamerkan komitmennya dalam kedudukan jangka panjang di rantau ASEAN.

Mohamed Azmin juga berkata kerajaan bakal memastikan persekitaran kekal kondusif untuk membolehkan industri asing menjalankan perniagaan di Malaysia menerusi insentif fiskal dan bukan fiskal.

Dalam pada itu, Malaysia dijangka akan terus menawarkan pekerja yang berkemahiran tinggi dan rakan teknologi yang berwibawa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat