Langkah Terbaru RBNZ Ini Pasti Menguatkan Lagi Dolar Kiwi

272

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) akan mengenakan semula sekatan pinjaman gadai janji dan berkerjasama dengan kerajaan untuk memperbaiki krisis dalam pasaran perumahan, sekali gus menguatkan lagi jangkaan bahawa pemotongan kadar faedah ke paras negatif tidak mungkin berlaku.

Rancangan yang juga disebut sebagai sekatan pinjaman dengan nilai nisbah atau loan-to-value ratio (LVR) itu akan mula dilaksanakan pada bulan Mac tahun hadapan.

Sebelum ini, INTRADAY ada melaporkan bahawa kerajaan New Zealand telah menulis surat kepada bank pusat, mencadangkan supaya ia mempertimbangkan pindaan transaksi bank untuk merangkumi kestabilan harga rumah sebagai faktor penting dalam dasar monetari.

Gabenor Adrian Orr kemudiannya memberitahu bahawa bank pusat akan mempertimbangkan cadangan kerajaan tetapi perlu menilai impak perubahan tersebut terhadap objektifnya untuk mengekalkan kestabilan kewangan.

New Zealand bangkit semula dari kemelesetan lebih cepat daripada yang dijangkakan, tetapi harga rumah telah melonjak tinggi disebabkan kadar faedah yang rendah sehingga mendorong kerajaan meminta bantuan bank pusat untuk bertindak bagi melindungi pasaran perumahan.

Dolar kiwi terus didagangkan mengukuh selepas melonjak ke paras tertinggi sejak pertengahan 2018, disokong jangkaan yang meningkat bahawa bank pusat akan menolak untuk melaksanakan kadar negatif selepas pasaran melihat cadangan kerajaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat