Lavida Coin Milik Datuk Vida Jelmaan Daripada Evocoin Yang Bermasalah?

6,933

Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Seri Vida, seorang ahli perniagaan selebriti yang sering menjadi bual bicara rakyat Malaysia.

Terbaru, beliau memperkenalkan Lavida Coin (LVC) iaitu sejenis matawang kripto. Beliau telah melancarkan Skim Crypto Club dan Lavida Coin di Menara Felda Kuala Lumpur pada 11 Ogos yang lalu.

Selain daripada Lavida Coin, Datuk Vida juga mengenalkan LAVIDAPAY iaitu satu ‘payment gateway‘ yang mempunyai sistem blockchain sendiri sebagai penyimpanan data.

Pihak beliau juga meletakkan Lavida Coin dengan nama julukan “Step Mother of Coin”.

 

Lavida Coin Satu Penipuan?

Satu kumpulan daripada Facebook yang aktif dalam mendedahkan skim penipuan wang di Malaysia menyatakan skim yang dianjurkan oleh Datuk Vida adalah bermasalah. Menurut kumpulan itu (Ponzi Scheme Alert), skim ini bermasalah kerana ia hanyalah kesinambungan dariapada skim asal Evocoin Malaysia yang hampir lingkup.

Ponzi Scheme Alert juga mendakwa ia adalah Evocoin cuma ditukarkan namanya berikutan suntikan modal oleh Datuk Seri Vida.

Gambar di atas adalah poster promosi soft launch yang telah diadakan oleh DSV Crypto Club pada awal bulan ini.

Apa bukti Lavida Coin adalah jelmaan daripada Evocoin yang bermasalah? Lihat gambar di bawah, tulisan di dinding facebook oleh Rahmad Mega.

 

Cuma Ingin Membantu Melalui LavidaCoin – Datuk Vida

Memetik daripada UtusanOnline, Datuk Seri Vida mendakwa beliau telah mencuba sendiri pelaburan matawang kripto sejak dua tahun lalu dan mendapati aktiviti tersebut menguntungkan.

“Saya tidak mungkin boleh membantu setiap orang dengan menghulurkan wang semata-mata, sebalinya  saya mahu khalayak juga berpeluang menikmati rezeki speerti saya.

“Justeru saya berkongsi kaedah terkini melalui LavidaCoin yang bukan sahaja mudah malah tidak membebankan serta mampu menjana pendapatan yang lumayan, katanya.

.

.

Bagi yang was-was dengan skim ini, boleh lah mendapatkan nasihat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum menyertai skim yang dianjurkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat