Lelaki Ini Rugi US$8.2 Billion Dalam Kejatuhan Besar Wallstreet

1,675

Pasaran saham Wallstreet sekali lagi bermandi darah pada Rabu di mana indeks komposit Nasdaq jatuh sehingga 4.4% sehari, paling banyak sejak tujuh tahun lepas. Kejatuhan itu telah memadam US$33 billion kekayaan daripada 61 orang terkaya menurut Indeks Billionaire Bloomberg.

Pengasas Amazon, Jeff Bezos, lelaki terkaya dunia kerugian US$8.2 billion dalam sesi dagangan Rabu sekaligus jumlah kekayaan beliau berkurangan kepada US$138 billion. Dalam masa yang sama Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg kerugian US$3.2 billion, manakala pengasas Google Larry Page dan Sergey Brin kerugian US$4.5 billion.

Keseluruhannya, 500 orang terkaya dunia dalam senarai Indeks Bloomberg kerugian US$71 billion selepas kejatuhan besar yang dicatat oleh Dow Jones dan S&P500 pada Rabu.

Indeks komposit Nasdaq setakat ini telah merekodkan kejatuhan 12% sejak rekod tertinggi Ogos. Apple, Amazon, Microsoft dan Alphabet yang mewakili 25% daripada keseluruhan indeks Nasdaq telah mengheret ia ke bawah berikutan kebimbangan pelabur terhadap pertumbuhan yang mungkin tidak bertahan lama.

“Nampaknya kita melihat pertukaran daripada saham bertumbuh kepada nilai dan juga peralihan kepada saham yang defensif,” demikian kata Chris Zaccarelli, ketua pegawai pelaburan di Independent Advisor Alliance.

“Kini saham utiliti menjadi pilihan. Banyak ketakutan di luar sana.”

Sektor yang defensif termasuklah utiliti, hartanah, dan pengguna adalah satu-satunya sektor yang merekodkan kenaikan pada Rabu. Saham Amazon jatuh 5.9%, Apple jatuh 3.4% dan Netflix jatuh 9.4%.

“Sektor teknologi menjadi pilihan sejak beberapa tahun lalu, masalahnya momentum sektor teknologi makin perlahan sejak musim panas,” kata Jim Paulsen, ketua strategist pelaburan di Leuthold Weeden.

Tumpuan hari ini adalah pengumuman pendapatan oleh Amazon dan Alphabet. Netflix pada mulanya melonjak 10% pada Rabu apabila pengumuman pendapatan suku ketiga lebih daripada jangkaan. Bagaimanapun hampir kesemua kenaikan dipadam tidak lama selepas itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat