Lima News Besar Tumpuan Pasaran Forex Pada Minggu Ini (16-20 April)

1,023

Selepas daripada risiko geopolitik dan perang dagang sebelum ini, pasaran akan terus menumpukan kepada perkembangan terkini isu Syria yang kini melibatkan perang dingin Amerika-Rusia. Selain itu, isu perdaganga AS-China juga akan terus menjadi tumpuan.

Selain itu, risiko politik di Amerika Syarikat juga dijangka akan mewarnai sentimen pasaran minggu ini di mana Trump dijangka akan memecat Timbalan Pendakwa Raya Amerika Syarikat, Rod Rosenstein.

Komen-komen daripada beberapa ahli The Fed juga akan diperhatikan. Mereka termasuklah Fed Bostic, Fed Williams, Fed Quarles, Fed Dudley, Fed Brainard dan Fed Mester.

Berikut adalan 5 news dan events penting pada minggu ini:

#1 Amerika-Russia dalam Isu Russia

Amerika Syarikat, Britan dan Perancis telah melancarkan serangan peluru berpandu ke Syria selepas sahaja pasaran ditutup pada Sabtu. Serangan ini dilancarkan sebagai respon kepada penggunaan senjata kimia oleh Bashar Assad. Presiden Trump memuji tenteranya bersama UK dan Perancis kerana berjaya dalam misi tersebut.

Apa yang perlu kita perhatikan? Pasaran akan menunggu sama ada Russia akan mengambil sebarang tindakan atau respon terhadap perkara itu.

#2 Laporan pendapatan syarikat besar di Amerika

Minggu lalu telah berlangsung beberapa pengumuman pendapatan syarikat terkemuka dunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Minggu ini lebih banyak lagi syarikat yang akan diperhatikan pasaran termasuklah Bank of America, Netflix, Goldman Sach, IBM, Johnson & Johnson, Morgan Stanley, American Express dan lain-lain. Laporan-laporan ini kita akan perhatikan sepanjang minggu.

#3 Ucapan ahli-ahli The Fed

Ramai ahli-ahli The Fed yang akan berucap pada minggu ini yang termasuk Dudley, Williams dan Brainard. Namun, tumpuan akan lebih kepada John Williams yang dicalonkan sebagai pengganti Dudley iaitu Presiden Fed cawangan New York. Presiden Fed New York adalah ahli Fed yang penting kerana sesiapa sahaja yang menjadi Presiden Fed New York adalah pengundi tetap dalam polisi monetari. Beliau akan berucap pada Selasa pukul 9.15 malam.

#4 Data Jualan runcit Amerika Syarikat

Data ini akan dikeluarkan pada Isnin pukul 8.30 malam. Kenapa data ini penting? Perbelanjaan pengguna adalah bahagian penting dalam ekonomi AS khususnya Amerika sebagai negara yang banyak bergantung kepada sektor perkhidmatan. Data perbelanjaan sejak akhir-akhir ini dilihat sukar membuat kenaikan, oleh itu data kali ini akan menjadi tumpuan.

#5 Data pekerjaan dan inflasi UK

UK terlebih dahulu akan mengeluarkan data pekerjaan pada Selasa pukul 4.30 petang. Data paling penting yang akan dilihat adalah kadar perubahan gaji pekerja. Jika terdapat perbezaan besar kepada mana-mana data pekerjaan, kita bakal melihat kesan signifikan kepada matawang GBP.

Data inflasi UK pula akan dikeluarkan pada Rabu pukul 4.30 petang. Pasaran menjangka kenaikan 2.7% sama seperti bacaan sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat