Lima News Besar Tumpuan Pasaran Minggu Ini (11-15 Jun)

911

Ketegangan perdagangan dan isu geopolitik akan menjadi topik utama perbincangan pasaran pada minggu ini dengan mesyuarat negara G7 dilihat gagal menghasilkan penyelesaian terhadap isu tariff.

Satu lagi peristiwa berisiko perhatian pasaran minggu ini adalah pertemuan antara Presiden Trump dan Kim Jong-Un pada Selasa di Singapura. Perkara yang akan dibincangkan adalah isu penamatan program nuklear Korea Utara.

Di samping itu, tiga bank pusat utama dunia juga akan bermesyuarat pada minggu ini termasuk Federal Reserve, European Central Bank (ECB) dan Bank of Japan (BoJ).

#1 Retorik Selepas Mesyuarat Negara G7 (Sepanjang Minggu)

Persidangan G7 yang diadakan di Kanada pada Sabtu dan Ahad telah menimbulkan kekhuatiran terhadap hubungan perdagangan dan tarif antara Trump dan pemimpin lain. Presiden US telah memuatkan kata-kata beliau di Twitter yang menyatakan sokongan terhadap komuniti tersebut namun melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri Kanada, Trudeau. Pasaran akan terus meneliti retorik yang dikeluarkan oleh negara khususnya Kanada dan EU.

#2 Pertemuan Trump-Jong Un di Singapura (Selasa)

Kedua-dua pemimpin dijangka akan membincangkan tentang penamatan program nuklear oleh Korea Utara. Ramai penganalisis masih skeptikal dengan niat Jong-Un untuk menghapuskan senjata nuklear. Mereka percaya pertemuan ini adalah usaha Korea Utara untuk mengurangkan sekatan ekonomi terhadap mereka.

#3 Penetapan Polisi FOMC (Khamis)

Pasaran menjangka The Federal Reserve akan menaikkan kadar faedahnya buat kali kedua pada awal pagi Khamis. Persoalan utama sekarang adalah, berapa banyak lagi ia akan dinaikkan pada tahun ini? Mengikut unjuran yang telah dibuat hanya tiga kali kenaikan sahaja pada tahun ini oleh Fed. Jika dalam unjuran yang terbaru pada Khamis menunjukkan kenaikan kadar lebih daripada tiga kali, US dollar dijangka akan membuat kenaikan.

#4 Penetapan Polisi ECB (Khamis)

Satu lagi news besar adalah penetapan polisi ECB pada Khamis pukul 7.45 malam. Matawang Euro membuat kenaikan pada minggu lalu selepas komen hawkish yang dikeluarkan ahli-ahli ECB. Bank pusat dijangka akan mendedahkan perancangan untuk menamatkan program rangsangan dalam mesyuarat kali ini.

#5 Penetapan Polisi BoJ (Jumaat)

Bank of Japan (BoJ) pula akan mengumumkan polisi monetari terbarunya pada Jumaat dan dijangka akan mengekalkan polisi sedia ada. Biasanya tiada kesan signifikan oleh BoJ kepada JPY dan itulah yang dapat kita jangkakan pada Jumaat nanti.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat