Lima News Besar Tumpuan Pasaran Minggu Ini (23-27 Julai)

847

Fokus pasaran pada minggu ini akan terarah kepada perkembangan isu perdagangan Amerika Syarikat dengan rakan-rakan dagang khususnya China dan Kesatuan Eropah (EU). Isu ini telah berlanjutan sejak beberapa bulan lepas menjadikan pasaran dalam keadaan sentiasa berjaga-jaga dengan ketidaktentuan (uncertainty) isu perdagangan.

Selain daripada beberapa data ekonomi penting, pasaran secara keseluruhan juga akan meneliti prestasi pendapatan syarikat di Wallstreet. Antara nama besar yang akan mengumumkan pendapatan mereka pada suku kedua 2018 adalah Alphabet, Amazon, dan Facebook.

Dari segi polisi monetari, Bank pusat Eropah (European Central Bank, ECB) akan menetapkan polisi terbarunya pada Khamis. Pasaran akan meneliti panduan (guidance) yang akan diberikan oleh bank pusat terutamanya dari segi hala-tuju pengetatan dasar monetari di masa akan datang.

Berikut adalah lima news besar yang akan diberi tumpuan:

#1 Perkembangan Isu Perdagangan AS-China (Sepanjang Minggu)

Pasaran akan terus meneliti retorik yang dikeluarkan oleh kedua-dua negara ini dalam isu perdagangan selepas beberapa siri ancaman yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat. Presiden Trump pada Jumaat telah mengancam tariff berskala penuh terhadap $500 billion produk import dari China. Untuk pengetahuan anda, Amerika telah mengenakan $34 billion tariff kepada China dan sejumlah $200 billion lagi dijangka akan menyusul.

#2 Mesyuarat Presiden Trump – Juncker (Rabu)

Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker akan bertemu dengan Trump di Washington pada Rabu bagi membincangkan soal hubungan-dagang Eropah dan Amerika Syarikat. Sebelum ini A.S. telah mengenakan tariff keluli dan aluminium terhadap EU. Selain itu, Trump juga telah mengeluarkan ancaman tariff terhadap produk automobil dari Eropah.

#3 Indeks PMI Zon-Eropah (Selasa)

Beberapa data PMI dari Zon-Eropah akan dikeluarkan pada hari Selasa dengan dua ekonomi besar Jerman dan Perancis akan mengumumkan indeks ekonomi mereka terlebih dahulu. Data keseluruhan negara-negara Zon-Eropah akan diumumkan sekitar pada pukul 4 petang. Ini adalah data penting yang perlu dilihat oleh pasaran untuk menilai prestasi semasa pertumbuhan ekonomi di Eropah.

#4 Penetapan Polisi ECB (Khamis)

Kenyataan awal polisi akan dikeluarkan pada Khamis pukul 7.45 malam dan diikuti dengan sidang media Mario Draghi pada pukul 8.30 malam. Ada beberapa kekeliruan kepada pasaran selepas daripada mesyuarat sebelum ini, di mana bank pusat dijangka akan menaikkan kadar faedah pada penghujung 2019. Namun, terdapat banyak pendapat terhadap tarikh sebenar kadar faedah akan dinaikkan dan pasaran akan cuba meneliti perkara ini dalam mesyuarat Khamis ini.

#5 Data Pertumbuhan Ekonomi A.S. (Jumaat)

Data ini akan dikeluarkan pada Jumaat pukul 8.30 malam. Ekonomi terbesar dunia Amerika Syarikat akan mengeluarkan bacaan pertumbuhan suku kedua di mana bacaan suku pertama merekodkan kenaikan 2.30%. Jangkaan untuk data kali ini begitu tinggi dengan peningkatan 4.10%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat