Lima News Besar Tumpuan Pasaran Minggu Ini (30 Okt – 03 Nov)

53

Tumpuan minggu ini sudah tentu terarah kepada penetapan polisi monetari tiga bank pusat utama dunia iaitu The Fed, Bank of England, dan Bank of Japan. Selain daripada polisi monetari, data NFP (non-farm payroll) juga akan dikeluarkan pada Jumaat.

1. Penetapan polisi monetari The Fed (Khamis, 2 pagi)

Bank pusat Amerika Syarikat ini dijangka akan mengekalkan kadar faedahnya di paras 1.25%. Pasaran akan menumpukan kepada kenyataan awal yang dikeluarkan untuk mendapatkan isyarat tentang pendirian semasa bank pusat tentang inflasi dan kadar faedah.

Walaupun Fed dijangka tidak akan membuat perubahan minggu ini, tetapi pasaran secara keseluruhan menjangka bank pusat akan menaikkan kadar faedah pada Disember.

Perubahan dari segi kepimpinan bank pusat juga dijangka akan banyak memberi kesan kepada polisi monetari Fed pada masa akan datang. Presiden Trump dijangka akan mengumumkan pengerusi The Fed yang baru minggu ini sebelum beliau berangkat dalam rangka lawatan ke Asia.

Kini kecenderungan Trump lebih kepada Jerome Powell berbanding John Taylor.

2. Laporan data NFP US (Jumaat, 8.30 malam)

Jabatan buruh Amerika Syarikat akan mengeluarkan laporan pekerjaan terkini pada Jumaat. Seperti biasa, ini adalah data ekonomi tumpuan utama pasaran setiap bulan.

Pasaran menjangka ekonomi US merekod tambahan 311,000 pekerjaan yang melonjak semula selepas bencana ribut taufan pada Ogos. Kadar pengangguran dijangka kekal pada 4.2%.

Sekali lagi perhatian utama pasaran adalah kepada data kadar gaji (Average hourly earnings) yang dijangka naik 0.2% selepas merekod kenaikan 0.5% bulan lalu.

Selain daripada itu, beri tumpuan juga kepada data-data PMI sektor perkhidmatan dan pembuatan US. ADP-NFP juga akan dikeluarkan pada minggu ini yang mungkin boleh menjadi petunjuk kepada data NFP.

3. Penetapan polisi monetari Bank of England (Khamis, 8 malam)

Bank pusat UK ini akan mengumumkan polisinya pada Khamis dan diikuti dengan sidang media Gabenor Carney. Pasaran ketika ini menjangka BoE akan menaikkan kadarnya kepada 0.50% yang merupakan kenaikan pertama sejak 10 tahun lalu.

Namun begitu, terdapat juga keraguan oleh sesetengah pemain pasaran disebabkan ada beberapa data ‘impak sederhana’ yang merekod bacaan negatif. Selain itu, ketidaktentuan Brexit juga sepatutnya dipertimbangkan bank pusat sebelum menaikkan kadar minggu ini.

Secara keseluruhan, jangkaan pasaran adalah bank pusat menaikkan kadar faedah pada Khamis berdasarkan data inflasi dan GDP sebelum ini yang merekodkan prestasi memberangsangkan.

4. Data Inflasi Zon-Eropah (Selasa, 6 petang)

Data tumpuan Zon Eropah minggu ini terarah kepada bacaan inflasi (CPI) pada Selasa untuk melihat tren inflasi semasa. Jangkaan adalah, bacaan CPI kekal di paras 1.5%. Minggu lalu ECB mengurangkan jumlah bon kepada 30 billion dalam program pembelian aset bermula Januari 2018.

Sasaran inflasi blok ekonomi ini adalah 2%. Jika data pada Selasa merekod kenaikan signifikan yang melebihi jangkaan pasaran, ia dijangka akan mengukuhkan matawang Euro.

5. Penetapan polisi monetari Bank of Japan (Selasa)

Bank of Japan seperti biasa dijangka tidak akan membuat sebarang perubahan dalam polisi monetari. Ketika ini Bank of Japan menjalankan rangsangan monetari yang aggresif dengan kadar faedah negatif dan Quantitative Easing (QE).

Walaupun dengan polisi yang aggresif, inflasi masih lagi jauh dari sasaran 2%. Dengan bacaan inflasi yang sukar meningkat, pasaran masih melihat BoJ akan kekalkan rangsangan monetari aggresif sehinggalah inflasi kukuh di atas 2%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat