Lima News Besar Tumpuan Pasaran Pada Minggu Ini (8-12 Oktober)

935

US dollar membuat kenaikan dalam dagangan volatile pada minggu lalu. Apa pula yang akan berlaku pada minggu ini? Data inflasi Amerika Syarikat pula akan menjadi perhatian pasaran untuk melihat tekanan harga di negara itu. Pasaran juga dijangka akan meneliti perkembangan dalam rundingan Brexit.

Berikut adalah lima news besar yang akan menjadi tumpuan pasaran pada minggu ini:

#1 Data Pertumbuhan Ekonomi UK (Rabu)

Data ini akan dikeluarkan pada hari Rabu pukul 4.30 petang. Ini adalah laporan pertumbuhan ekonomi untuk bulan Ogos yang akan menggambarkan ekonomi pada permulaan suku ketiga. Ekonomi UK berkembang 0.30% pada bulan Julai iaitu bulan pertama pada suku ketiga dan jangkaan untuk Ogos ia akan perlahan kepada 0.10%. Sebarang catatan yang lebih perlahan daripada itu akan menambah kebimbangan terhadap ekonomi yang berhadapan dengan ketidaktentuan Brexit.

#2 Data Inflasi Harga Pengeluar AS, PPI (Rabu)

Data ini akan diumumkan pada pukul 8.30 malam. Indeks Harga Pengeluar (PPI) pada bulan Ogos merekodkan bacaan yang mengecewakan di mana ia meleset 0.10%. Data ini boleh dijadikan petunjuk kepada data harga pengguna CPI kerana sebarang kenaikan harga di peringkat kilang cenderung diterjemahkan kepada harga jualan peniaga kepada pengguna.

#3 Minit Mesyuarat ECB (Khamis)

Minit mesyuarat European Central Bank (ECB) akan dikeluarkan pada pukul 7.30 petang hari Khamis. Bank pusat Eropah ini akan mengeluarkan maklumat yang lebih lanjut dalam mesyuarat sebelum ini. ECB dalam mesyuarat terakhirnya tidak mengubah dasar, walaubagaimanapun, Mario Draghi dilihat memberikan komen yang hawkish. Oleh itu, maklumat lanjut dalam mesyuarat sebelum ini akan menjadi perhatian pasaran untuk melihat sejauh mana keyakinan ECB kepada ekonomi Zon Eropah.

#4 Data Inflasi Harga Pengguna AS, CPI (Khamis)

Data ini akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam. Ini pula adalah data harga di peringkat pengguna iaitu indeks harga pengguna CPI. Data CPI sebelum ini meleset daripada jangkaan pada bulan Ogos. Harga pengguna kali ini dijangka naik 0.2% secara bulanan dan 2.40% secara tahunan.

#5 Data Imbangan Perdagangan China (Jumaat)

China akan mengeluarkan data imbangan perdagangan untuk bulan September pada pagi Jumaat. Jangkaan pasaran adalah China merekodkan lebihan $21 billion pada bulan lalu daripada $27.9 billion. Data imbangan perdagangan (trade balance) selepas ini sangat penting untuk diteliti kerana perang perdagangan yang telah tercetus antara AS-China. Kedua-dua negara telah mengenakan tariff kepada produk masing-masing sejak beberapa bulan yang lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat