Lima News Besar Tumpuan Utama Pasaran Minggu ini (05-09 Feb)

815

Minggu ini adalah minggu penetapan polisi monetari dengan tiga bank pusat utama bermesyuarat termasuk Bank of England (BoE), Reserve Bank of Australia (RBA), dan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ).

Spekulasi semakin hangat yang mengatakan bank-bank pusat utama kini dalam halatuju mengetatkan polisi sehingga menyebabkan pasaran bon dunia melonjak. Kenaikan paling jelas dilihat adalah di Amerika Syarikat, Eropah dan Australia.

Di Eropah, ekonomi berkembang pada kadar yang kukuh pada 2017 dengan pengangguran yang semakin berkurangan dan juga inflasi-teras yang kini telah meningkat. Perkara ini lah yang telah menyokong euro sejak tahun lepas.

Dalam masa yang sama, ECB (European Central Bank) telah mengurangkan amaun pembelian bon kepada 30 billion euro bermula pada bulan lalu sehingga September 2018. Namun, ECB masih meletakkan sebarang keputusan selepas September kekal terbuka, bermaksud pembelian bon masih boleh ditambah dan dilanjutkan selepas September bergantung kepada keadaan ekonomi.

Ketidaktentuan politik Jerman juga menjadi isu penting ketika ini dengan rundingan kerajaan gabungan belum menemui kata putus.

Daripada semua berita dan peristiwa (event) yang dikeluarkan minggu ini, Bank of England akan menjadi fokus utama pasaran.

#1 Penetapan polisi monetari Bank of England (Khamis)

Bank of England akan mengumumkan polisi monetarinya pada Khamis pukul 8 malam. Bank pusat ini juga akan mengeluarkan laporan inflasinya dengan Gabenor Carney mengadakan sidang media selepas pengumuman itu.

Pasaran sememangnya menjangka bank pusat akan mengekalkan kadar faedahnya. Pasaran kini meletakkan 50% potensi untuk BoE menaikkan kadar faedah pada Mei dengan sesetengah pelabur menjangka dua kenaikan kadar BoE tahun ini.

#2 Penetapan polisi monetari Australia (Selasa)

Bank pusat Australia (RBA) ini akan mengumumkan polisi monetarinya pada Selasa pukul 11.30 pagi. Majoriti pasaran menjangka kadar faedah akan dikekalkan pada 1.50%. Sejak penetapan polisi yang lepas pada Disember, dunia terus berkembang kukuh seterusnya menyokong ekonomi Australia. Walaupun dengan tambahan pekerjaan yang meyakinkan, tetapi inflasi pada minggu lalu meleset. Ia sudah tentu membimbangkan RBA.

#3 Penetapan polisi monetari New Zealand (Khamis)

Bank pusat New Zealand (RBNZ) akan mengumumkan polisi monetarinya pada Khamis pukul 4 pagi. Pasaran secara keseluruhan menjangka kadar faedah akan terus dikekalkan di paras 1.75%. Gabenor sementara Grant Spencer akan mengadakan sidang media selepas polisi diumumkan bagi membincangkan keputusan pada hari tersebut. Adrian Orr bekas timbalan gabenor dan bekas ketua penganalisis ekonomi RBNZ akan mengambil alih tugas Gabenor pada 27 Mac depan.

#4 Data imbangan perdagangan China (Khamis)

China akan mengeluarkan data imbangan dagangan (trade balance) pada Khamis pukul 11 pagi. Imbangan dagangan yang mengira hasil eksport tolak import dijangka merekodkan bacaan yang semakin berkurangan kepada $54 billion daripada $54.7 billion sebelum ini. Data ini penting kepada ekonomi global dan Australia khususnya kerana China adalah rakan dagang utama Australia.

#5 Data pekerjaan Kanada (Jumaat)

Kanada akan mengeluarkan data ini pada Jumaat pukul 9.30 malam. Kanada merekodkan tambahan pekerjaan sebanyak 79,000 pada Disember dan November lalu. Dalam data kali ini pasaran tidak menjangka perubahan besar kepada pasaran pekerjaan. Pasaran menjangka penyusutan sebanyak 2,000 pekerjaan untuk data kali ini.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat