Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

46

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1) Pertemuan Trump dan Presiden China Xi Jinping akan menjadi perhatian pasaran pada Khamis. Pertemuan yang akan berlangsung selama dua hari antara dua kuasa besar ekonomi dunia ini dijangka akan membincangkan tentang perdagangan, matawang dan Korea Utara. Trump sebelum ini beberapa kali mengkritik polisi ekonomi China dan melabel menuduh mereka memanipulasi matawang.

2) Ahli FOMC dilihat berbeza pendapat sama ada pengukuhan inflasi memerlukan kenaikan kadar faedah yang lebih pantas atau kenaikan secara berperingkat. Perhatian pasaran dalam minit mesyuarat yang dikeluarkan semalam berfokus kepada pengurangan penyata imbangan (balance sheet). Majoriti ahli FOMC berpendapat perubahan kepada polisi ‘pelaburan semula’ (reinvestment) adalah bersesuaian pada tahun ini yang akan mengurangkan penyata imbangan tersebut.

3) Draghi mengatakan tiada keperluan untuk mengubah kenyataan polisi ECB, termasuk pembelian bon sehingga penghujung tahun ini dan juga kadar faedah terendah, sehingga inflasi mencapai paras yang memberangsangkan. Katanya lagi, mereka perlu benar-benar yakin infalsi mengukuh sebelum membuat sebarang perubahan kepada polisi.

4) Pelabur terus berasa bimbang dengan kapasiti pentadbiran Trump untuk menjalankan potongan cukai yang dijanjikan sebelum ini. Speaker Paul Ryan mengatakan tiada konsensus terhadap perubahan cukai dan ia akan mengambil masa yang lebih lama berbanding polisi kesihatan tempoh hari.

5) Wallstreet merekodkan kejatuhan pada Rabu dengan Dow Jones merekod kejatuhan terbesar dalam masa 14 bulan selepas laporan minit mesyuarat The Fed menyatakan kebimbangan kepada pasaran saham yang terlebih nilai. Di Eropah kebanyakan indeks turut jatuh dengan Dax susut 0.5% dan FTSE100 susut 0.6%. Di Asia Nikkei susut 1.5%, manakala Bursa Malaysia (FBM KLCI) turut susut dalam sesi dagangan hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat