Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

46

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1. Potensi kenaikan kadar faedah The Fed semakin pudar apabila minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan pada pagi tadi menunjukkan, ahli-ahli bank pusat semakin bimbang dengan trend pergerakan inflasi. Minit tersebut juga menunjukkan “Kebanyakkan ahli melihat kadar inflasi akan kekal di bawah 2 peratus untuk jangka masa lebih lama daripada apa yang diramalkan, dan ada juga antara mereka menyatakan risiko pada inflasi ini cenderung bergerak ke bawah.”

2. Pasaran ekuiti global terkesan oleh agenda ekonomi Trump. Sentimen pasaran sedikit terganggu dengan kebimbangan terhadap kebolehan Trump membuat perubahan dalam polisi ekonomi selepas beliau membubarkan dua majlis penasihat perniagaan berprofail tinggi.

3. Harga minyak mentah dunia meleset ke paras terendah tiga minggu lalu apabila pengeluaran dari Amerika Syarikat capai paras tertinggi dua tahun lalu. Data EIA yang dikeluarkan semalam menunjukkan peningkatan  79,000 tong sehari kepada 9.5 juta tong minggu lepas.

4. ECB dilihat bimbang terhadap pengukuhan matawang Euro dalam minit mesyuarat yang dikeluarkan pukul 7.30 malam tadi. EUR/USD meningkat sehingga mencapai paras tertinggi dua setengah tahun lalu yang disebabkan oleh pengurangan risiko geopolitik Zon Eropah dengan kemenangan Macron. Selain itu, ECB sendiri menyatakan ia juga disebabkan oleh ketidaktentuan kenaikan kadar faedah US.

5. Pasaran buruh Australia terus meningkat pada bulan Julai berikutan majikan telah menaikkan gaji selama lima bulan berturut-turut. Walau bagaimanapun, laporan lebih tertumpu kepada peningkatan pekerjaan sambilan yang menjadi kebimbangan pasaran sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat