Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

57

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

1. US Dolar lemah tetapi masih stabil pada Isnin.

US dolar masih lagi lemah pada Isnin dan masih berada di bawah paras tertinggi 10 minggu lalu. Laporan data pekerjaan pada Jumaat lalu meningkatkan potensi kenaikan kadar faedah pada Disember yang kini berada di sekitar 90% seperti yang dapat dilihat dalam Fed Fund Future.

2. Krisis Turki dan Amerika Syarikat.

Berikutan krisis diplomatik antara U.S dan Turki, telah memberi kesan terhadap matawang lira apabila matawang tersebut menyusut pada paras terendah pada hari ini berbanding U.S dolar.

Punca penyusutan apabila U.S dan Turki membatalkan perkhidmatan visa antara kedua-dua negara pada hari Ahad.

U.S dolar menguat hampir 3% berbanding lira Turki iaitu pada 3.7000.

Dalam masa yang sama juga, indeks saham Turki BIST100 jatuh sebanyak 5% semasa pembukaan pasaran dan mencatat paras terendah sejak Julai.

3. Krisis Sepanyol dan Catalonia.

Saham Sepanyol kembali pulih dengan hasil bon kerajaan jatuh berikutan ketegangan di Catalonia semakin berkurangan selepas demostrasi pada hari Ahad. Indeks Saham Sepanyol IBEX mencatat peningkatan sebanyak 1.2% pada waktu pembukaan di Madrid.

4. Perang dingin antara U.S dan Korea Utara masih berterusan.

Para pelabur merasa tidak senang dengan ketegangan antara dua buah negara tersebut apabila saling berperang mulut pada hujung minggu.

Bob Corker yang merupakan ahli senat Republikan berpendapat bahawa tindakan Trump dapat membawa negara U.S ke kancah perang dunia ketiga.

5. Pertemuan Theresa May dan pemimpin perniagaan bagi membincangkan Brexit.

Perdana menteri U.K, Theresa May akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin eksekutif GlaxoSmithKline, Vodafone, HSBC dan beberapa syarikat besar bagi mendengar pandangan dan harapan mereka berkenaan hubungan U.K dengan Kesatuan Eropah selepas Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat