Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Hari Ini

45

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York pukul sembilan malam ini.

  • International Monetary Fund (IMF) memberi amaran bahawa krisis hutang Greece boleh ‘meletup’, walaupun negara itu telah membuat perancangan penjimatan sejak beberapa tahun lepas dengan perubahan struktur ekonomi. Laporan menyebut, badan-badan global sudah semakin tidak sudi memberikan bantuan dana yang tidak berpenghujung kepada negara paling bermasalah di Zon Eropah ini.
  • Saham Twitter melonjak lebih dari 2% selepas ia mengumumkan ciri-ciri baru untuk melawan konten yang bersifat menkeji dan kesat. Inisiatif ini termasuklah menyembunyikan ‘tweet‘ yang bersifat kebencian, mengelakkan pengguna yang telah digantung untuk membuat akaun baru, dan memperkenalkan fungsi baru carian yang lebih selamat.
  • Indeks saham di Asia meningkat. Nikkei di Jepun ditutup 0.45% lebih tinggi sebentar tadi. Hang Seng di Hong Kong naik 0.48% ketika ini, dengan indeks komposit di China naik 0.21%. Sebelum ini, pasaran saham di US juga ditutup tinggi pagi tadi waktu Asia.
  • US Dollar masih dinilai mantap pada Rabu apabila satu lagi kenyataan dari Yellen menjadi tumpuan pelabur. Pasaran dijangka akan meneliti sama ada ia senada dengan kenyataan beliau sebelum ini. US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama jatuh sebanyak 0.02 peratus kepada 101.18. Pair USD/JPY meningkat sebanyak 0.02 peratus manakala AUD/USD didagang melonjak sebanyak 0.18 peratus.
  • Pekerjaan dalam sektor kewangan dan perkhidmatan Britain berhadapan dengan risiko kehilangan 30,000 pekerjaan dan sekurang-kurangnya 6.8 billion Pound hasil dari sektor ini, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bruegel. Laporan sama juga menyebut, 1.9 trillion USD aset dari London akan berpindah dari London ke Kesatuan Eropah yang bersamaan dengan 17% dari kesemua aset perbankan di London ketika ini.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat