Lima Perkara yang Anda Perlu Tahu Dalam Pembukaan Pasaran New York

51

Tren menaik pasaran bon selama 30 tahun mungkin akan berakhir, apa lagi selepas perjanjian OPEC?, ekonomi China berkembang sederhana. Ini antara topik yang akan diceritakan oleh pemain pasaran di seluruh dunia dalam pembukaan pasaran New York.

US dolar kehilangan momentum

US dolar menguat pada Rabu berikutan perjanjian yang telah dicapai dikalangan ahli OPEC. Selain itu, pemilihan Steve Mnuchin sebagai Setiausaha Perbendaharaan US tidak memberikan sebarang isyarat kepada penyusutan US dolar dalam ucapan pertamanya. Hal ini memberikan dorongan kepada pelabur dan speculator untuk terus membeli dolar.

Apa lagi selepas perjanjian OPEC?

Perkara yang pertama terjadi semalam selepas maklumat lanjut pemotongan pengeluaran dalam perjanjian OPEC tersebar, adalah peningkatan harga minyak mentah dunia sebanyak 8%. Pada ketika ini minyak West Texas Intermediate (WTI) didagangkan di paras $49.84 setong. Persoalannya sekarang ialah bagaimana harga ini boleh mengukuh sepanjang tahun 2017. Pendapat Goldman Sach Group, minyak mentah boleh mencecah $60 setong pada 2017 jika perjanjian dilaksanakan sepenuhnya.

Ekonomi China berkembang sederhana

Indeks Purchasing Managers (PMI) atau panggilan rasminya Beijing’s official manufacturing purchasing managers’ index, meningkat kepada 51.7 pada November berbanding bacaan pada bulan sebelum iaitu 51.2. Bacaan pada bulan ini merupakan rekod tertinggi sejak pertengahan 2014. Eknomi kedua terbesar dunia ini telah meningkat tahun ini yang berkembang pada kadar sederhana sebanyak 6.7% dalam tiga suku tahunan terakhir. Walaubagaimanapun, penganalisis memberi amaran bahawa pertumbuhan baru-baru ini berasal dari industry tradisional berkaitan penggunaan elektrik, rel-kargo, dan pinjaman bank. Hal ini disebabkan, usaha Beijing yang menumpukan kepada transisi negara berasaskan perkhidmatan dan penggunaan.

Pasaran bercampur-campur

Indeks MSCI Asia Pasifik meningkat 0.6%, manakala di Jepun Indeks Topix menambah 0.9% berikutan OPEC telah membawa harga minyak ke paras tinggi semalam. Di Eropah, Indeks Stoxx 600 jatuh 0.3% dengan pelabur sedang menunggu referendum Itali. S&P 500 pula jatuh 0.1%.

Data-data impak besar

Kadar pengangguran di zon Eropah jatuh kepada 9.8% yang merupakan paras terendah sejak Julai 2009. Sektor pembuatan U.K. pula berkembang kurang daripada jangkaan berikutan tekanan inflasi yang belum menunjukkan kesan optimum. Esok pula di US akan mengeluarkan data pekerjaan NFP yang menjadi tumpuan pasaran setiap bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat