Lima Rompakan Bank Paling Berjaya Dalam Sejarah, Serius No.1 Macam Italian Job!

2,211

Menurut FBI, terdapat hampir 4,000 rompakan dan kecurian dalam institusi kewangan atau bank pada tahun 2014. Sudah tentu apabila tertangkap penjenayah akan berhadapan hukuman berat, tetapi jika terlepas habuannya juga cukup lumayan. Di sini kami sertakan 10 rompakan paling berjaya dalam sejarah dunia. Serius, macam cerita Italian Job!

1. Rompakan Banco Central Fortaleza, Brazil 2005 ($70 juta lesap)

Geng perompak ini pada mulanya menyewa bangunan komersil di tengah bandar dan menyamar sebagai ahli perancangan lanskap. Pada masa itu, mereka mengambil masa selama tiga bulan menggali terowong yang berukuran 256 kaki sehingga ke lokasi di bawah Banco Central. Pada Ogos, mereka melancarkan penggerudian terakhir daripada bawah tanah terus ke lokasi peti simpanan wang dan berjaya melarikan wang kertas seberat 3.5 tan.

 

2. Rompakan Brink’s MAT, London 1983 ($41 juta lesap)

Pada awal pagi bulan November 1983, enam perompak berjaya memasuki gudang Brink’s MAT di Lapangan Terbang Heathrow dengan bantuan seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas. Perancangan asal mereka hanya untuk mencuri $5 juta wang tunai, tetapi apa yang mengejutkan adalah apabila mereka turut menjumpai TIGA TAN EMAS DAN BERLIAN. Beberapa pembunuhan juga berlaku yang mengaitkan kepada kes rompakan ini di mana sebahagian besar daripada geng terlibat telah disabit kesalahan.

 

3. Rompakan Securitas Depot UK, 2006 ($83 juta lesap)

Rompakan ini masih lagi menjadi rompakan terbesar dalam sejarah British. Selepas menyamar sebagai polis dan menculik pengurus bank dan keluarganya, perompak bersenjata membawa beliau ke depot untuk membuka peti wang tunai. Majoriti daripada kumpulan perompak ini berjaya ditangkap dan hanya seorang berjaya melarikan diri ke Barat India.

 

4. Rompakan Northern Bank, Belfast UK 2004 ($41 juta lesap)

Sehari sebelum Krismas pada 2004, kumpulan perompak yang menyamar sebagai polis membawa pengurus bank dengan menjadikan keluarga mereka sebagai tebusan. Keesokan harinya, dengan keluarga mereka di bawah ancaman, pengurus bank diarah untuk menjalankan kerjanya seperti biasa dan mahu beliau membiarkakan perompak masuk ke dalam bank selepas tamat operasi pada hari tersebut. Selepas berjaya merompak, keluarga yang dijadikan tebusan dilepaskan tanpa sebarang kecederaan. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini kes tersebut gagal diselesaikan.

 

5. Rompakan Bank Pusat Iraq, 2003 ($920 juta lesap)

Rompakan ini dianggap sebagai rompakan bank terbesar dalam sejarah dunia. Apa yang menarik adalah, ia didakwa diarahkan sendiri oleh Saddam Hussein sebelum Amerika Syarikat menakluk Iraq ketika itu. Laporan mengatakan selepas kejadian itu, satu nota yang ditandatangani oleh Saddam mengarahkan agar wang tersebut dikeluarkan oleh bank dan diberikan kepada anak beliau Qusay. Sehingga hari ini, jumlah wang yang hilang masih belum jelas dan dipercayai sekurang-kurangnya $650 juta dijumpai di istana Saddam semasa serbuan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat