Logam Berharga Emas Bergerak Stabil Di Sekitar $1255.00 Sejak Isnin

54

Pasaran Emas semalam masih bergerak di antara julat yang kecil. Harga emas setakat jam 10.54 pagi ini berada sekitar $1255.62 per ounce naik 0.11%. Hal ini mungkin di sebabkan oleh para pelabur masih menunggu laporan mesyuarat FOMC yang akan dikeluarkan pada pagi Khamis.

Keputusan positif Data Pembuatan dan Perkhidmatan US semalam adalah di luar jangkaan dengan bacaan menunjukkan lebih daripada ramalan pasaran.

Dalam laporan lain, Persatuan Hartanah Kebangsaan menyatakan, penjualan rumah sedia ada pada bulan Jun jatuh sebanyak 1.8% bersamaan 5.52 juta unit. Paras tersebut adalah terendah sejak Febuari lepas, berikutan harga yang mahal dan kekurangan unit rumah walaupun permintaan tinggi.

Kesan Politik di US juga turut memberi sokongan langsung terhadap pasaran logam beharga. Menantu presiden Trump yang juga merupakan penasihat kanan beliau, Jared Kushner, dalam keterangannya kepada Jawatankuasa Perisikan Senat berkata tidak ada sebarang penglibatan antara dirinya atau sesiapa di dalam kempen Trump dengan mana-mana pegawai dari Rusia dalam pilihan raya US.

Pasaran emas sangat sensitif terhadap perubahan dolar US. Kenaikan nilai dolar menyebabkan kurangnya permintaan terhadap emas kerana semakin mahal untuk di beli oleh pemilik matawang asing yang lain.

Berikutan data-data ekonomi US semalam, para penganalisa masih menjangkaan Bank Pusat US akan mengekalkan kadar faedahnya dalam mesyuarat FOMC minggu ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat