Logam Ini Masih Berlegar di Paras Terendah Dalam Tempoh 7 Minggu!

34

Harga emas meningkat sederhana dalam perdagangan Eropah pada Isnin, namun masih berlegar berhampiran paras terendah dalam tempoh 7 minggu selepas kemenangan Emmanuel Macron mengalahkan calon anti-EU untuk merangkul jawatan presiden Perancis.

Gold futures di Comex meningkat sebanyak kira-kira 0.3 peratus kepada $1,230.70 satu troy ounce. Emas merosot ke tahap paling rendah iaitu pada $1,2210.0.

Juga di Comex, silver futures meningkat sebanyak 13.0 sen atau 0.7 peratus kepada $26.40 satu troy ounce.

Unjuran awal menunjukkan bahawa calon pro-EU tersebut telah mendahului kira-kira 65 peratus undi mengetasi Le Pen iaitu seorang nasionalis yang telah memberi ancaman untuk mengeluarkan Perancis daripada Kesatuan Eropah.

Keputusan itu secara tidak langsung telah menjejaskan permintaan bagi logam kuning yang sering dianggap sebagai asset selamat terutamanya ketika ketidaktentuan politik.

Di tempat lain, copper futures menjunam sebanyak 3.7 sen kepada $2.492.

Data yang dikeluarkan sebelum ini menunjukkan bahawa eksport dan import China meningkat pada bulan April namun masih berada di bawah jangkaan disebabkan permintaan domestik dan asing semakin merosot. Selain itu, penurunan harga komoditi juga menjadi punca kemerosotan data ini.

Data Perumahan Yang Agak Mengecewakan Memberi Kesan Kepada Matawang Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat