Lonjak 150 Pips, AUD/USD Capai Paras Tertinggi 3 Bulan!

100

Carta harga pasangan mata wang AUD/USD melonjak tinggi pada sesi New York semalam mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 bulan.

Seperti carta utama yang lain, AUD/USD juga terkesan oleh penyusutan US dolar ketika reaksi pasaran terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam.

Indeks harga pengguna AS mencatatkan bacaan tahunan yang menurun ke paras 7.1%, menjadikan penurunan inflasi 5 bulan berturut-turut, sekaligus menguatkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) memperlahankan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.

Kenaikan harian pada carta AUD/USD dicatatkan sekitar 150 pips dari paras 0.67400 hingga mencapai ke paras ketinggian 0.68900.

Lonjakan tersebut juga dilihat telah melepasi paras ketinggian minggu lalu pada 0.68500 untuk rekodkan ketinggian terbaru.

Namun, harga dilihat telah berundur susut semula di penghujung sesi New York bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu) di sekitar zon 0.68300.

Pelabur kini akan lebih berhati-hati menantikan keputusan mesyuarat FOMC yang akan memacu pergerakan pada carta harga.

Tidak dilupakan juga pada sesi Asia Khamis esok akan diterbitkan laporan data pekerjaan Australia untuk bulan November dengan ramalan pertambahan pekerjaan yang sedikit menurun berbanding bulan sebelumnya.

Dengan kecenderungan US dolar untuk terus melemah beberapa sesi ini, harga dijangka akan menyambung kenaikan lebih tinggi untuk menguji zon rintangan pada 0.69000.

Seterusnya, harga yang berjaya menembusi rintangan itu bakal menjadikan sasaran terbaru pada 0.7000 untuk rekod tertinggi terbaru 4 bulan.

Namun, seandainya arah pergerakan harga mula berubah membuat penurunan semula, harga bakal turun ke zon 0.67600 dan menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut.

Jatuh di bawah paras tersebut akan mencetus isyarat awal untuk perubahan trend bearish dengan jangkaan harga untuk menuju pula ke sekitar 0.67000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat