Lonjakan Harga Minyak Makin Menjadi-jadi!

658

Harga minyak mentah terus mendaki ke tahap tertinggi tahun ini, mengakhiri dagangan minggu ini dengan kuat disokong oleh komitmen OPEC untuk mengekalkan keseimbangan pasaran dengan komited dalam mengurangkan pengeluaran.

Ketika pasaran menuju sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat 24 sen kepada $59.24 setong, iaitu paras paling tinggi sejak pertengahan Februari tahun lalu.

Sementara niaga hadapan WTI Amerika Syarikat pula menokok 38 sen kepada $56.60 setong, yang tertinggi sejak pertengahan Januari 2020. Kontrak penanda aras berada di landasan untuk kenaikan mingguan hampir 9% yang akan menjadi keuntungan mingguan terbesar sejak Oktober.

OPEC dan sekutunya, termasuk Rusia atau lebih dikenali sebagai OPEC+, pada minggu ini telah menegaskan sokongannya untuk komited dalam pemotongan pengeluaran minyak mentah.

Sementara itu, harapan pasaran terhadap pemulihan ekonomi AS yang lebih kuat, dipacu oleh optimisme dalam pelaksanaan pakej rangsangan yang besar oleh kerajaan, juga telah menyokong kenaikan harga.

Penerbitan data pekerjaan NFP malam ini akan menjadi fokus utama pasaran yang dijangkakan akan menunjukkan peningkatan pada bulan Januari, berbanding bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat