Lonjakan Kos Transaksi Undang Minggu Deflasi Di Ethereum

692

Ethereum menyaksikan minggu pertama penghasilan bekalan negatif secara berturut-turut ekoran daripada lonjakan harga pasaran kripto (bubbling markets) ke paras yang luar biasa hingga menyebabkan kos transaksi turut meningkat.

Selepas kemaskini London pada Ogos, sejumlah Ether telah dibakar dalam setiap transaksi yang dijalankan di rangkaian itu.

Direkodkan lebih 724,400 ETH yang bernilai $3.1 bilion telah dilenyapkan.

Berdasarkan pemerhatian, harga gas kekal di paras tertinggi, $46 dan aktiviti yang kompleks seperti penyediaan liquidity kepada protokol DeFi atau membuat penukaran token di Uniswap menelan kos sehingga $140 ketika artikel ini ditulis.

Tidak hairanlah mengapa rangkaian Ethereum merekodkan deflasi selama 7 hari berturut-turut.

Ini bermakna, sejumlah besar ETH telah dikeluarkan dari bekalan berbanding jumlah penghasilan koin tersebut menerusi perlombongan kripto.

Untuk pengetahuan, bagi memastikan Ethereum menghasilkan blok deflasi yang berterusan, harga gas patut dikekalkan pada rata-rata di atas 150 gwei.

Menurut pengasas bersama EthHub, Anthony Sassano, deflasi Ethereum adalah sesuatu yang tidak dijangka sehingga berlakunya penggabungan blockchain Ethereum dengan Ethereum 2.0 (Beacon Chain) yang dijadualkan pada separuh pertama 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat