Lonjakan Pasaran Eropah Dengan Krisis Geopolitik Semakin Reda

38

Pasaran saham Eropah melonjak pada Isnin dalam pembukaan pukul 3 petang tadi waktu Malaysia. Lonjakan ini disokong oleh risiko geopolitik yang semakin reda antara US dan Korea Utara.

Dagangan pagi di Eropah ketika ini menunjukkan EURO STOXX50 melonjak 1.13% setakat pukul 3.51 petang, manakala di Perancis CAC40 naik 1.02% dengan DAX 30 di Jerman naik 1.22%.

Sentimen ketika ini dilihat semakin baik dengan tiada ketegangan terbaru antara dua negara terbabit.

Sentimen ini semakin pulih selepas Menteri Pertahanan US, Jim Mattis dan Menteri Dalam Negeri Rex Tillerson menunjukkan pentadbiran Amerika Syarikat akan mencari resolusi diplomatik bersama Pyongyang.

Dalam komen yang diterbitkan di dalam Wall Street Journal pada Ahad, kedua-dua individu ini berkata “US tidak tertarik dalam perubahan rejim atau ‘reunification‘ di Korea.”

Kenyataan ini keluar selepas beberapa siri berbalas ancaman antara Trump dan Korea Utara minggu lalu.

Kaunter-kaunter kewangan secara keseluruhan bergerak lebih tinggi seperti BNP Paribas dan Societe Generale di Perancis. Manakala di Jerman, Commerzbank dan Deutsche Bank melonjak 3.49% dan 3.16% setakat pukul 4 petang.

FTSE 100 di London pula ketika ini naik 0.41% mengikuti trend pergerakan di Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat