Luno Bekerjasama Rapat Dengan Maybank Terutama Dalam Isu ‘Withdrawal’

3,138

Luno terus bekerjasama dengan Maybank dalam status terbarunya yang dikeluarkan pada Isnin di mana isu pengeluaran wang adalah fokus utama mereka. Luno telah mengemukakan beberapa permintaan untuk membantu pengeluaran wang pelanggannya. Sebelum ini LHDN telah membekukan akaun bank Luno dengan kerjasama Bank Negara sejak penghujung tahun lepas berikutan kebimbangan pihak berkuasa terhadap dagangan matawang crypto di Malaysia.

Luno menyatakan dalam status sama yang dikeluarkan bahawa Maybank memahami situasi yang berlaku dan memberi kerjasama dari masa ke semasa. Akhir sekali, Luno cuba meyakinkan pelanggannya bahawa isu yang melanda Luno ini mendapat perhatian daripada peringkat tertinggi pihak Maybank sendiri.

Berikut adalah status rasmi Luno yang dikeluarkan pada Isnin:

Disebabkan pembekuan akaun oleh LHDN, Luno tidak dapat memproses deposit dan pengeluaran wang di Malaysia sejak daripada awal Disember 2017.

Dalam kenyataan rasminya sebelum ini, Luno mengatakan LHDN meminta mereka untuk menyediakan maklumat semua pelanggan mereka di Malaysia termasuk pengenalan diri, deposit/withdrawal dan juga transaksi.

Pihak Luno mengucapkan terima kasih atas kesabaran anda khususnya pedagang-pedagang matawang crypto dan akan terus mengemaskini perkembangan lanjut status akaun bank mereka di Malaysia di samping proses deposit dan pengeluaran wang pelanggan.

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat