Lupakan Matawang-Crypto Lain, IOTA Kini Bekerjasama Dengan Microsoft & Samsung

166

Satu matawang digital telah menambah lebih daripada $12 billion kepada nilai pasarannya selepas beberapa syarikat terkemuka dunia bekerjasama dengan matawang tersebut. Syarikat tersebut termasuklah Microsoft, Samsung, dan Fujitsu.

IOTA melonjak empat hari berturut-turut. IOTA membuat kenaikan sehingga 90% sejak 24 jam lepas menurut Coinmarketcap. Harganya mencapai paras tertinggi $5.55 pukul 4 petang Rabu dan telah meningkat hampir dua kali ganda sejak Selasa dari harga $2.78. IOTA sekarang adalah aset digital keempat terbesar dunia dari segi modal pasaran dan menolak Ripple ke tangga kelima.

Kenaikan berterusan ini dipandu oleh pengumuman IOTA Foundation, sebuah firma dari Jerman yang dilaporkan bekerjasama dengan Microsoft, Samsung dan Fujitsu untuk membentuk satu tempat pemasaran (marketplace) berasaskan blockchain yang membolehkan mereka menjual data.

David Sonstebo, pengasas bersama IOTA yang juga Ketua Pegawai Eksekutif berkata data adalah “minyak yang baru,” dan projek tempat pemasaran ini akan membenarkan firma-firma menjual data sebagai satu insentif supaya mereka berkongsi data tersebut daripada hanya terbiar tanpa dimanfaatkan.

“IOTA memberi mereka yuran transaksi percuma dengan memastikan ketelusan data itu diagihkan di bawah satu lejar yang tidak berpusat.”

Lonjakan harga matawang-Crypto ini (IOTA) adalah berikutan pendekatan terhadap teknologi blockchain dan juga kerjasama dengan firma besar dan terkenal di dunia.

IOTA dilihat telah menyelesaikan beberapa isu besar dalam blockchain iaitu yuran, dan juga pemusatan. Ia juga kini bekerjasama dengan syarikat terkemuka dunia.

Antara penyebab kenaikan harga IOTA juga adalah ia baru sahaja memasuki pasaran Korea dan China yang bermaksud ramai pelabur Asia yang membeli matawang-Crypto ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat