Macam Mana Ucapan Mario Draghi Tadi? Ada Yang Terkesan?

38

Presiden European Central Bank (ECB) Mario Draghi hari ini berkata yang mereka mungkin akan meneruskan program pencetakan wang melihatkan inflasi eurozone yang masih jauh daripada paras sasaran rasmi.

Walaubagaimanapun ECB akan menghentikan pembelian aset bulanan yang bernilai 80 billion Euro sehingga Mac atau lebih selagi perlu.

Mario memberitahu, “Jawatankuasa Tertinggi akan melihat pilihan-pilihan yang boleh dilaksanakan bagi memastikan program pembelian lebih lancar”.

Mario memberitahu lagi yang jangkaan perkembangan ekonomi eurozone yang menurun secara sederhana berikutan risiko yang semakin berkurang, dengan ketidakpastian akibat Brexit dan tiada tindakan drastik yang diperlukan sekarang.

Buat masa ini, perubahan masih lagi tidak diperlukan sehingga adanya bukti untuk bertinda dan dilihat dasar kewangan yang sedia adalah efektif.

ECB mengekalkan deposit rate sebanyak -0.4% dan juga refinancing rate sebanyak 0.00%.

EUR/USD dilihat naik ke paras tertinggi sejak 2 minggu, bond yield meningkat manakala pasaran saham menurun setelah program pembelian aset tidak dibincangkan dalam mesyuarat.

Mengekalkan rate pada paras negatif dan mencetak wang merupakan langkah yang diambil oleh ECB mengharapkan perkembangan ekonomi di sesetengah negara dan inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat