Macron Menang Pilihanraya Presiden Perancis, Euro Capai Paras Tertinggi Setahun Lepas Berbanding Yen

99

Emmanuel Macron diisytihar sebagai pemenang pilihanraya Presiden Perancis dalam undian pusingan kedua pada Ahad. Macron berjaya meraih undian selesa sebanyak 65.7% berbanding Le Pen yang hanya mendapat 34.7% sekaligus mengesahkan tinjauan yang dijalankan sebelum ini oleh Ifop, Ipsos dan BVA.

Matawang Euro naik ke paras tertinggi sejak pilihanraya US ke paras 1.1018 berbanding US dolar, manakala Eur/Jpy naik ke paras tertinggi setahun lepas kepada 124.55 dalam pembukaan awal pasaran Asia pada Isnin. Pergerakan pasaran matawang menepati jangkaan yang telah dibuat sebelum ini di mana kemenangan Macron telah dijangka sebelum undian dibuat pada Ahad.

Dengan tinjauan yang dibuat sebelum ini secara konsisten menunjukkan Macron dijangka memenangi undian pusingan kedua, pasaran secara keseluruhan telah menyerap (priced-in) kemenangan beliau yang memberikan kesan terhad kepada pasaran matawang dalam pembukaan awal pasaran Asia pukul 4 pagi tadi.

Pelabur di seluruh dunia khususnya di Eropah sudah tentu lega dengan kemenangan Macron yang memberi isyarat kestabilan pasaran di seluruh Eropah.

Undian yang meyakinkan kepada Macron dalam undian pusingan pertama sebelum ini telah memberi peningkatan berterusan dalam pasaran ekuiti global dengan indeks CAC 40 di Perancis mencapai paras tertinggi sejak 14 tahun lalu. Manakala Stoxx 600 juga ditutup di paras tertinggi 20 bulan lepas dan begitu juga prestasi di Wallstreet.

Keputusan undian hari ini “sepatutnya akan menyokong matawang Euro, walaupun pasaran telah menjangka kemenangan Macron,” kata Athanasios Vamvakidis, ketua penganalisis matawang di Bank of America.

Manakala UniCredit SpA yang sebelum ini menjangka Eur/Usd akan mencapai paras 1.1000 pada akhir tahun ini, dijangka akan mengkaji semula ramalan mereka jika Macron dipilih sebagai presiden.

Nomura Holdings dan Bank of America Merril Lynch menjangka Euro akan terus menguat di mana bank Jepun tersebut melihat Eur/Usd naik ke paras 1.1500 dalam jangka masa tiga hingga empat bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat