Mahal Sangat! Porsche NFT Tak Dapat Sambutan

181

“Mahal sangat, cuba murahkan sikit harga baru la ada orang beli.” 

Sertai dunia web3 seperti non-fungible token (NFT) pasti ada cabarannya, koleksi NFT oleh jenama kereta mewah Porsche dilaporkan tidak berjaya dijual selepas melancarkan sebanyak 7,500 unit.  

Projek tersebut adalah bertujuan untuk meraikan kenderaan dan memberi akses kepada para pemegang bagi sesuatu acara ataupun barangan eksklusif  termasuk mereka bentuk Porsche di dalam dunia maya.

Namun rancangannya gagal apabila Porsche bertindak menjual setiap unit NFT mereka pada harga 0.991 Ethereum (ETH) bernilai $1,475 sama seperti projek koleksi aset digital lain yang pernah ditawarkan sebelum ini.

Menurut kenyataan seorang pengumpul tegar NFT dalam akaun Twitter miliknya, Porsche seharusnya mengubah harga lebih rendah kepada 0.911 ETH bernilai $145.

Tetapi Porsche hanya mengabaikan komen tersebut dan ini menjadi punca kebanyakan individu mula mengkritik mereka sebagai penipu yang ingin menjana keuntungan lumayan demi kepentingan sendiri.

Selepas 1,500 NFT di-mint pada harga rendah berbanding nilai asalnya, Porsche telah menghentikan mint mereka untuk memfokuskan penciptaan pelbagai pengalaman unik untuk diberi kepada para komunitinya.  

Pada sisi berbeza, jenama terkemuka seperti Adidas dan Budweiser yang turut melancarkan NFT sendiri telah mendapat sambutan positif berbanding Porsche susulan syarikatnya menggunakan cara berbeza untuk menarik pembeli.   

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat