Mahu Tidak Mahu, Vladimir Putin Akhirnya Akur Kemenangan Biden

209

Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Selasa telah mengucapkan tahniah kepada Joe Biden atas kemenangannya dalam pilihanraya presiden Amerika Syarikat (AS), beberapa jam selepas pengumuman Electoral College.

Hasil undian Electoral College merupakan keputusan rasmi melibatkan beberapa pihak mewakili AS, menandakan calon pilihanraya presiden memenangi jawatan pemerintah secara mutlak.

Hampir sebulan selepas Putin menyelar AS sebagai satu negara hancur, presiden itu nampaknya bersedia untuk bekerjasama dengan Biden pada masa akan datang.

“Saya bersedia untuk berinteraksi dan berhubung dengan anda,” Kremlin memetik kenyataan Putin.

Presiden Rusia itu juga melahirkan rasa keyakinannya terhadap tanggungjawab yang digalas dua negara itu dalam memastikan keselamatan dan keamanan global, sekaligus memancarkan penyelesaian bagi setiap masalah serta cabaran yang dihadapi.

Bagaimanapun Biden dijangka akan bertegas dengan Rusia berbanding Presiden AS, Donald Trump selepas menyatakan secara umum dalam kempennya, “Trump terlalu ‘baik’ dengan kebanyakan autokrat seluruh dunia bermula dari Vladimir Putin”.

Pada 2016, Rusia telah dituduh masuk campur dalam kemenangan Trump. Pada Ogos pula, perisikan AS sekali lagi memberi amaran kepada Rusia yang ‘berdegil’ mencampuri proses demokratik Amerika.

Bagaimanapun, sehingga hari ini Moscow menolak kesemua tuduhan itu, termasuk kes godam terbaru yang berlaku pada Isnin, melibatkan beberapa sistem server kerajaan termasuk Jabatan Perbendaharaan AS.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat