Makin Padu! Apple Pun Nak Join Kripto!

2,375

Setelah Tesla membuat pelaburan di dalam Bitcoin (BTC) hingga menyebabkan lonjakan harga kripto itu, rata-rata penganalisis menjangkakan majoriti firma besar akan turut mengikut trend tersebut bermula dengan Apple Inc.

RBC Capital Markets pada hari ini memberitahu, Apple berpotensi untuk menawarkan perdagangan matawang kripto. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan, syarikat bertaraf dunia ini mampu meraih keuntungan dalam pasaran saham.

Memiliki perisian bertaraf dunia dan ekosistem yang terjamin, mudah untuk Apple menangani masalah yang kerap dihadapi pengguna kripto ekoran daripada kawal selia yang dikenali sebagai Know Your Customer (KYC), termasuk beberapa undang-undang lain dengan tawaran sistem bertutup oleh Apple yang berupaya mencegah aktiviti jenayah, menambahbaik sekuriti aset dan pengaksesan segera kepada pembeli dan penjual.

Malah, pembabitan Apple secara tidak langsung mungkin dapat mendorong Amerika Syarikat (AS) mengetuai aset kripto secara global dan mengurangkan risiko pentadbiran yang dilihat berusaha untuk menutup sektor ini.

Pelaburan Tesla juga merupakan satu petunjuk bahawa syarikat pengeluar kereta elektrik itu mungkin akan menerima matawang kripto sebagai medium pembayaran.

Buat masa sekarang, Apple memilih untuk berhati-hati dengan matawang kripto. Sebelum ini firma itu pernah menyekat wallet matawang kripto di App Store pada 2014 sebelum menarik semula keputusan itu.

Bagaimanapun, Apple masih tidak menyokong perlombongan matawang kripto di peranti iPhone dan tidak membenarkan kad kredit, Apple Card digunakan untuk pembelian matawang kripto.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat