Masa Untuk Kembali Gemilang? Terra (LUNA) Catat Lonjakan Harga Mendadak!

3,330

Mei menyaksikan tragedi keruntuhan mata wang kripto Terra (LUNA) dan TerraUSD (UST), sekaligus mendorong pelabur untuk lebih berhati-hati ketika pergerakan pasaran kripto sedia bergelojak sejak pengumuman kenaikan kadar faedah.

Bagaimanapun pada malam tadi LUNA dan UST dilihat membuat ‘u-turn’ dengan lonjakan mendadak sepanjang hujung minggu.

Apa yang dah berlaku?

  • Pada minggu lepas, CEO Terra – Do Kwon telah mencadangkan hard fork untuk ekosistem rangkaian tersebut.
  • Cadangan itu menerima bantahan oleh majoriti yang menyokong pelan pemulihan kedua iaitu penubuhan rangkaian Terra dan koin LUNA baharu.
  • Peningkatan harga LUNA juga dikaitkan dengan kesukaran pelabur untuk shorting kerana kebanyakan bursa kripto terbesar masih hentikan dagangan margin dan belum mengaktifkan semula.
  • Seperkara lagi, Kwon telah mengongsikan alamat pembakaran LUNA selepas ada komuniti menawarkan diri untuk membakar sejumlah besar pegangan mereka.

Buat masa sekarang LUNA sangat tidak stabil kerana pada minggu lepas berlaku juga pumping hingga mencatatkan peningkatan 3000% tetapi harga LUNA semakin memburuk.

Pelabur melihat harga LUNA yang sedang murah sebagai satu peluang untuk membeli dan menjualnya ketika mahal.

Sedangkan keadaan LUNA ketika ini, terlalu kritikal walaupun berlaku pumping dan pembakaran koin.

Lagi-lagi apabila pentadbiran Korea Selatan menggesa Terra Labs untuk melunaskan tunggakan cukai berjumlah $87 juta (~RM382.15 juta), menjadikan sentimen semakin keruh.

Tidak pasti sejauh mana kesahihan ini tetapi Kwon memberitahu bahawa pihak mereka tidak ‘berhutang’ dengan Korea Selatan.

Adakah LUNA dan UST masih berpeluang untuk tebus kembali kegemilangan terdahulu?

Ketika penulisan LUNA didagangkan pada $0.0002027, melonjak 68% dalam 24 jam dan UST pula meningkat 18%, didagangkan pada $0.06807

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat