Masalah Lebihan Bekalan Semakin Memeningkan Pasaran Minyak Mentah Global!

41

Harga minyak mentah menjunam pada hari Khamis kerana masalah lebihan bekalan yang menjejaskan sentimen pasaran. Namun begitu, kerugian di dalam pasaran tersebut diterhadkan oleh jangkaan pemotongan pengeluaran oleh OPEC dan beberapa pengeluar utama yang masih dalam usaha untuk mengimbangi semula pasaran.

Brent mentah menurun 30 sen setong dalam sesi ini.

OPEC sedang membincangkan tindakan untuk melanjutkan pembekuan bekalan bagi separuh kedua tahun ini, walaupun dijangka bakal berdepan dengan kesukaran kerana inventori minyak mentah global sedang memanjat ke paras yang agak tinggi.

Memetik kenyataan penganalisis pasaran di Oanda, kedudukan inventori yang jelas berada pada tahap yang tinggi ketika tidak sedikit sebanyak menjejaskan usaha murni OPEC ini.

Data AS pada Rabu menunjukkan penurunan dalam stok minyak mentah namun inventori tapisan kekal menunjukkan peningkatan.

Pengeluaran minyak di AS juga semakin meningkat sehingga 10 peratus sejak pertengahan 2016 kepada 9.27 juta tong sehari.

Walau bagaimanapun, jangkaan lanjutan perjanjian OPEC telah memberi sedikit sokongan kepada harga semasa minyak mentah.

May dalam Usaha Mendapatkan Hubungan Yang “Istimewa” Dengan Kesatuan Eropah

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat