May dalam Usaha Mendapatkan Hubungan Yang “Istimewa” Dengan Kesatuan Eropah

40

Perdana Menteri Britain, Theresa May memberitahu Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker pada Rabu bahawa beliau mahukan “hubungan khas dan erat” dengan Kesatuan Eropah.

Selepas makan malam di kediaman rasmi beliau di Downing Street bersama-sama perunding utama Brexit, Michel Branier dan rakan sejawatnya dari Britain, David Davis. Kedua-dua pihak mendakwa bahawa mesyuarat tersebut berjalan dengan baik, namun memerlukan beberapa perincian.

Sebarang tindakan juga dilakukan berhati-hati agar tidak meracuni suasana sebelum rundingan Brexit berlangsung. Pasaran juga sedang berteka-teki tentang garis panduan yang disediakan menjelang rundingan yang paling kompleks sebelum meninggalkan EU.

Menurut jurucakap May, mesyuarat yang diadakan dengan Juncker, Presiden Suruhanjaya Eropah itu berlangsung dengan lancar. Kenyataan itu turut menyaksikan May sedang dalam usaha untuk mendapatkan jalinan yang istimewa dengan blok berkenaan selepas mencetuskan Article 50 sebelum ini.

Pendekatan yang diambil oleh May kali ini juga jelas berbeza daripada pendirian tegas beliau yang pro-Brexit sebelum ini bagi menjaga kepentingan rakyat di dalam rundingan dengan blok.

Sebelum makan malam, jurucakap May berkata bahawa Perdana Mentari tersebut hanya mengulangi pelan Brexit dan tidak banyak menyebut mengenai pilihanraya yang telah dijadualkan pada 8 Jun ini.

EU juga menjangkakan bahawa rundingan tersebut akan bermula dengan bersungguh-sungguh selepas pilihanraya nanti-apabila May mengharapkan sokongan majoriti terhadap parlimen beliau yang bakal diketuai oleh Davis.

Matawang Aussie dan Kiwi Melonjak Berbanding Greenback Dalam Sesi Eropah!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat