Masih Ada Harapan? Serba Dinamik Fail Rayuan Tangguh Penggulungan

44

Rentetan daripada perintah penggulungan sebelum ini, Lembaga Pengarah (BOD) Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) memfailkan rayuan untuk menangguhkan keputusan tersebut.

Selain itu, syarikat itu juga memfailkan rayuan untuk membenarkan permohonan syarikat itu menangguhkan pendengaran penggulungan berkenaan.

Serba Dinamik dalam satu kenyataannya berkata, BOD berkata anak syarikat milik penuhnya, Serba Dinamik International Ltd (SDIL) akan mengemukakan rayuan bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk menggulung syarikat itu.

Jelasnya lagi, BOD telah mendapatkan nasihat bahawa perintah tersebut adalah ultra vires (di luar kuasa).

Ekoran itu, ia juga mengemukakan permohonan bagi menangguhkan perintah pergulungan untuk membenarkan operasi perniagaan berjalan sementara menantikan keputusan Mahkamah Rayuan.

Difahamkan, rayuan tersebut dibuat susulan kesediaan syarikat bersekutunya, SDIL untuk menjual aset yang dianggarkan AS$700 juta (RM3.06 bilion) bagi kegunaan membayar hutang syarikat itu.

Jika penangguhan dibenarkan, ia akan membolehkan pelikuidasi interim berbincang mengenai cadangan penjualan tersebut.

Terdahulu, Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Murad Abdul Aziz telah meluluskan petisyen untuk menggulungkan Serba Dinamik dan tiga anak syarikatnya, SDIL, Serba Dinamik Group Berhad (SDGB) dan Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat