Matawang CAD Melonjak Semalam? Kenaikan Kadar BoC Jawapannya

472

Matawang CAD menguat berbanding matawang utama pada Rabu selepas Bank of Canada (BoC) menaikkan kadar faedah dari 1.50% kepada 1.75%. Kadar faedah dinaikkan seperti jangkaan pasaran dengan jangkaan ekonomi yang kukuh terhadap Kanada walaupun pembuat polisi bimbang dengan risiko perang dagang AS-China.

Ini adalah kenaikan kelima oleh BoC sejak Julai 2017 berikutan lonjakan ekonomi di Kanada.

Pasangan matawang USD/CAD jatuh sehingga 130 pip semalam, GBP/CAD jatuh hampir 200 pip dan EUR/CAD jatuh sehingga 134 pip.

“Walaubagaimanapun, konflik perdagangan, khususnya antara AS dan China telah memberi kesan kepada pertumbuhan global dan harga komoditi,” kata bank pusat.

BoC menyatakan kadar faedah “perlu naik ke paras neutral bagi mencapai sasaran inflasi”, dan kadar kenaikan itu akan bergantung kepada bagaimana ekonomi berubah mengikut kadar faedah semasa berikutan paras hutang isirumah yang tinggi.

Pasaran menjangka terdapat dua lagi kenaikan kadar faedah pada 2019 di mana ekonomi Kanada akan bergerak pantas lebih daripada potensinya beberapa tahun akan datang. Ini juga banyak disumbangkan oleh lonjakan ekonomi Amerika Syarikat di mana negara itu menjadi rakan dagang terbesar Kanada.

Perjanjian baru yang menggantikan NAFTA pada bulan lalu telah mengurangkan risiko kepada ekonomi Kanada sekaligus meningkatkan potensi pengetatan dasar BoC.

“Perjanjian baru, US-Mexico-Canada Agreement (USMCA) akan mengurangkan ketidaktentuan dasar perdagangan di Utara Amerika yang telah menjadi risko utama kepada keyakinan perniagaan,” demikian kata BoC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat