Matawang CAD Melonjak Tinggi Selepas Keputusan BoC Mengekalkan Kadar Faedah 1.25%

695

Matawang CAD melonjak selepas pengumuman polisi monetari bank pusat Kanada pada pukul 10 malam tadi apabila BoC dilihat membuang beberapa ayat dan perkataan yang berbaur dovish dalam kenyataan awalnya.

Bank of Canada (BoC) mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedahnya pada paras 1.25% pada Rabu.

Bank pusat telah menaikkan kadar faedahnya sebanyak tiga kali pada 2017 dan sejak itu tidak pernah menaikkan kadar faedah sehingga kini. Ia mungkin disebabkan beberapa data ekonomi yang kurang memuaskan sejak awal tahun 2018.

Pembuat polisi ketika ini sedang meneliti perubahan paras hutang rakyat Kanada dan juga pasaran perumahan terhadap kenaikan kadar faedah. Ketidaktentuan rundingan perjanjian NAFTA (North American Free Trade Agreement) juga sedang diteliti secara rapat dengan belum ada kata putus sehingga kini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, BoC berkata ketidaktentuan dalam polisi telah menekan pelaburan perniagaan global dan juga terdapat tekanan di beberapa buah negara pesat membangun.

“Keseluruhannya, perkembangan sejak April telah mengukuhkan pendirian ahli-ahli BoC bahawa kadar faedah yang lebih tinggi diperlukan untuk mengekalkan inflasi hampir kepada sasaran.”

Dalam masa yang sama BoC telah membuang kenyataan ‘dovish‘ iaitu, “beberapa polisi monetari akomodasi masih diperlukan bagi mengekalkan inflasi di paras sasaran.” Ini lah penyebab kepada lonjakan matawang Kanada pada awal tadi.

BoC juga telah membuang perkataan “cautious” (berhati-hati) dalam kenyataan polisi yang dikeluarkan tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat