Matawang Euro Melonjak Selepas Berita Rundingan Perdagangan Bebas EU

645

Matawang Euro membuat lonjakan berbanding matawang-matawang utama yang lain pada Selasa selepas berita dari Eropah tersebar, bahawa Kesatuan Eropah bersedia untuk memulakan rundingan perdagangan bebas bersama Australia dan New Zealand.

Tindakan ini dilihat untuk menambah rakan dagang rapat yang baru selepas ketegangan perdagangan bersama Amerika Syarikat.

Suruhanjaya Eropah yang berunding untuk 28 negara-negara Kesatuan Eropah (EU) akan cuba mendapatkan perjanjian yang komprehensif dengan kedua-dua negara.

Kesatuan Eropah mengunjurkan, eksport kepada dua negara tersebut boleh meningkat sehingga tiga kali ganda jika perjanjian dapat dipersetujui.

Sementara itu, pair matawang seperti EUR/USD naik sehingga 70 pip selepas berita ini tersebar dengan EUR/JPY naik sehingga hampir 70 pip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat