Matawang Euro Naik Berikutan Perkembangan Terbaru di Perancis

214

Matawang Euro menguat ke paras tertinggi sejak sebulan yang lepas selepas debat Presiden Perancis mengurangkan kebimbangan kepada kemenangan pihak populis dalam pilihanraya. US dolar meneruskan kejatuhan selepas beberapa ahli The Fed berucap setakat minggu ini antaranya Kashkari, Evans dan Dudley.

Matawang tunggal Eropah menguat berbanding matawang utama yang lain selepas Emmanuel Macron dilihat memenangi perdebatan calon Presiden Perancis. Ini telah membantu US dolar melemah lima hari berturut-turut.

Pasaran ekuiti negara-negara membangun meneruskan kenaikan dengan Indeks MSCI pasaran baru membangun menguat sehingga hari ke-lapan dagangan.

Matawang Gbp pula menguat selepas data harga pengguna (UK CPI) dikeluarkan pukul 5.30 petang tadi, di mana data sebenar lebih tinggi daripada jangkaan pasaran.

Emmanuel Macron dilihat sebagai calon yang paling meyakinkan berbanding lima calon yang lain dalam debat Pesiden Perancis seperti yang ditunjukkan oleh tinjauan. Para pelabur bimbang jika Le Pen memenangi undian dan membawa Perancis keluar dari Kesatuan Eropah.

“Apabila anda melihat berapa ramai yang risau dengan pilihanraya ini dan betapa murahnya matawang Euro itu, semua ini akan menjadi lebih baik jika risiko ini semakin berkurangan dan kita akan melihat pelaburan masuk ke Eropah,” kata Andrew Sheets penganalisis di Morgan Stanley London.

Euro adalah antara matawang yang paling banyak mendapat keuntungan jika dibandingkan dengan US dolar sejak November selepas komen dovish Janet Yellen minggu lalu. Terbaru, Presiden The Fed cawangan Chicago Charles Evans mengatakan The Fed boleh menaikkan kadar lagi dua kali, tiga kali atau empat kali bergantung kepada tren inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat