Matawang GBP Jatuh Menjunam Secara Mendadak Selepas Data Ini Dikeluarkan

1,146

Matawang GBP jatuh menjunam pada pukul 4.30 petang pada Jumaat selepas bacaan pertumbuhan ekonomi (GDP) United Kingdom merekodkan bacaan terendah dalam tempoh lima tahun.

GBP/USD jatuh mendadak sebanyak 90 pip selepas data ini dikeluarkan dengan GBP/JPY jatuh 95 pip. Bukan itu sahaja, matawang GBP juga melemah berbanding matawang Euro, AUD, NZD, CAD dan CHF.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 0.1% pada suku tahunan pertama 2018 jauh kurang daripada jangkaan pasaran dengan ramalan kenaikan 0.3%. Bacaan pertumbuhan sebelum ini juga dikaji semula yang mana diturunkan daripada 0.5% kepada 0.4%.

Bacaan kali ini adalah yeng terendah sejak suku keempat tahun 2012 yang juga jatuh mendadak daripada 0.4% sebelum ini.

“Salji memberi impak kepada ekonomi khususnya dalam sektor pembinaan dan sesetengah sektor runcit dalam masa yang sama melonjakkan bekalan tenaga dan jualan dalam talian,” kata ahli statistik Rob Kent-Smith.

Dengan jangkaan bahawa Bank of England (BoE) menaikkan kadar faedahnya dalam mesyuarat bulan depan, data GDP terbaru ini dilihat akan mengurangkan potensi kenaikan tersebut kerana aktiviti ekonomi yang perlahan pada suku pertama.

Bank pusat sebelum ini menjangka impak cuaca buruk hanya sederhana, tetapi dengan bacaan pertumbuhan GDP ini, ia dilihat akan sedikit membimbangkan ahli-ahli bank pusat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat